Tarikh | :2 Disember 2023 (Sabtu) |
Masa | :3.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi | :PEDi Kampung Musa |
Peserta | : 2 Orang Peserta |
Tujuan
Kelas ini bertujuan memberi tunjuk ajar kepada pelajar Tingkatan 3 untuk mengemaskini data murid ke dalam sistem public.moe.gov.my. Tujuan kemaskini ini dilakukan bagi membantu pelajar untuk mendapatkan bantuan awal persekolahan yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk pelajar sekolah sebanyak RM150.
Aktiviti
Peserta di ajar membuat lupa kata laluan terlebih dahulu kerana kata laluan yang lama untuk log masuk ke sistem dalam telah tiada. Lupa kata laluan dibuat dengan menggunakan padanan anak bagi memudahkan urusan membuat kata laluan yang baru. Akaun untuk memasuki sistem ini menggunakan ID ibu atau bapa pelajar. Setelah berjaya membuat pendaftaran kata laluan yang baru mereka di ajar untuk log masuk dan membuat kemaskini ke semua bahagian yang diperlukan sehingga selesai perakuan.