KUIH KARAS

Nama Usahawan : Zalikho Bt Md. Rejab

Alamat : Kg Musa Mukim Pedu

 06300 Kuala Nerang,

Kedah Darul Aman

No. Tel : 0111-4699116

Harga : RM 30 (100biji)

 

MADU LEBAH ORI

Nama Usahawan : Mohd Firdaus Bin Azmi

Alamat : 10A Kg Musa, Mukim Pedu

06300 Kuala Nerang,

Kedah Darul Aman

No. Tel : 010-8054085

Harga : RM 25.00

 

MADU KELULUT PEDU BEST

Nama Usahawan : Mohd Firdaus Bin Azmi

Alamat : 10A Kg Musa, Mukim Pedu

06300 Kuala Nerang,

Kedah Darul Aman

No. Tel : 010-8054085

Harga : RM 35.00

 

Ramai dalam kalangan penduduk kampung di Daerah Padang Terap memilih untuk menjadi usahawan bagi meningkatkan sumber pendapatan keluarga. Kebanyakan penduduknya memilih menjalankan aktiviti keusahawanan seperti penghasilan produk makanan, kraftangan dan lain - lain. Antaranya:

 

1.Ternakan Ikan

 

            Ternakan ikan yang telah dijalankan di kawasan ini adalah seperti ternakan ikan keli, ikan talapia, ikan puyu, dan ikan sepat benua. Terdapat dua orang individu yang telah menjalankan projek ini dengan jayanya iaitu Encik Awang Bin Ahmad dan Encik Lateh Bin Majid. Encik Awang Bin Ahmad mempunyai 200 ekor ikan keli, 100 ekor ikan tilapia, 100 ekor ikan puyu dan 100 ekor ikan sepat benua. Manakala Encik Lateh Bin Ahmad pula mempunyai 1000 ekor ikan keli, 500 ekor ikan talapia, dan 500 ekor ikan puyu.

 

 

2. Tanaman Kontan

 

            Tanaman kontan yang diusahakan merangkumi tanaman pisang, nenas, serai, jagung dan ubi keledek. Projek ini mempnuyai kuantiti 600 pokok pisang, 200 pokok nenas, 100 rumpun serai, 3 relong tanaman jagung dan 2 relong tanaman ubi keledek.

 

 

3. Industri

 

            Di kawasan Pedu ini terdapat sebuah kilang beras yang terkenal iaitu Kilang Beras Mohd Rejab Sdn. Bhd. Kilang ini telah di wujudkan sejak turun-temurun dahulu lagi. Sekarang kilang ini di usahakan oleh anak kepada arwah Haji Rejab iaitu Encik Zamri Bin Rejab. Kilang ini mampu menghasilkan beras yang berjenama “Beras Suria”, “Beras Rama-Rama”, “Beras MR” dan “Beras Waja”.

 

            Kilang ini dibangunkan demi memenuhi permintaan beras yang semakin hari semakin meningkat. Dengan adanya kilang beras  ini juga secara idak langsung ianya mampu membuka peluang pekerjaaan kepada anak tempatan di samping dapat memajukan ekonomi penduduk pendalaman.

 

 

Sub-kategori