Sekolah Menengah Kebangsaan Pedu atau nama ringkasnya SMK Pedu, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Mukim Pedu, Kuala Nerang. Ditubuhkan pada tahun 1997 dan ianya di rasmikan pada 1 januari 1997 iaitu 19 tahun lepas. Ketika itu sekolah menengah ini berada di kampong musa dan menggunakan bangunan lama sekolah rendah kebangsaan pedu. Jenis sekolah ini merupakan sekolah kerajaan. Lokasi sekolah ini setelah berpindah berada di kampong kuala tekai, mukim pedu 06300 kuala nerang kedah. Kod sekolahnya ialah KEA7020.

 

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Pedu memiliki 340 pelajar lelaki dan 285 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 625 orang dan mempunyai seramai 45 orang guru. Alamat sekolah ini tertera seperti di bawah :

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Pedu,

KM 7, Jalan Ampangan Pedu,

Mukim Pedu, Kuala Nerang

06300, Kuala Nerang

Kedah, Malaysia

 

Telefon = 6047867688

Fax = 6047866501

 

 

 

 

 

Pengetua-Pengetua:

1. Encik Abdullah bin Mad Yunos

2.  Tuan Haji Ghazali bin Ariffin

3. Tuan Haji Yahya bin Haji Md. Isa

4.   Puan Hajah Adidah binti Bakar

5.   Encik Abu Bakar bin Said

6.   Puan Hajah Che Nazliah binti Haron