Pedu Lake Seri Mahawangsa Boat House  

        Seri Mahawangsa Boat House merupakan sebuah tempat pelancongan dan penginapan yang semakin hari semakin popular dan dikenali oleh orang ramai. Tempat ini diasaskan oleh Encik Amir Bin Wahab. Tempat ini didirikan di tengah kawasan tengah tasek iaitu di Tasek Pedu, Padang Terap, Kedah. Jika pengunjung datang ke sini pelbagai aktivit menarik boleh dilakukan antaranya snorkeling, berkunjung ke bukit Fakir Terbang, merasai pengalaman mengambil madu lebah sendiri di dalam kawasan hutan, memancing, berakit dan sebagainya. Makanan yang disajikan juga berteraskan makanan kampung dan ikan darat bagi memastikan pengunjung merasai menu yang jarang didapati di kawasan bandar. Di Seri Mahawangsa Boat House pengunjung yang datang turut dapat merasai ketenangan dan kedamaian yang sangat indah. Jika pengunjung ingin berkunjung ke sini perlu membuat tempahan terlebih dahulu. Sebarang urusan boleh hubungi Encik Amir di talian 019-4364807. Berikut merupakan pakej promosi yang disediakan oleh Encik Amir :

 

1. Pakej RM 450.00

 

  • Pengangkutan Bot
  • Penginapan di Houseboat
  • Berpeluang membeli madu secara terus dari pengusaha dan merasai sendiri pengalaman mengambil madu lebah original
  • Makanan tengah hari 

 

2. Pakej RM1000

 

  • 2 Hari 3 Malam penginapan di Houseboat
  • Pengangkutan bot di jeti
  • Maksimum 13 orang pengunjung untuk keselesaan digalakkan hanya 10 orang
  • Terdapat 2 bilik tidur
  • 5 katil double decker termasuk 7 tilam tambahan
  • Kelengkapan VCD, TV LCD,microfon, dan PA System
  • Set karoake untuk hiburan pengunjung
  • Set BBQ 
  • 2 set kano atau kayak dan jaket keselamatan
  • 4 set surfing board beserta kelengkapan baju keselamatan
  • 1 set meja makan yang boleh diduduki 1 orang
  • 1 set sofa yang selesa
  • Pagar keselamatan di sekeliling houseboat untuk pantauan keselamatan
  • Kelengakapan dapur yang lengkap
  • Makanan tidak disediakan dan pengunjung perlu membawa sendiri

 

3. Pakej RM1500

 

  • 2 Hari 3 Malam penginapan di Houseboat
  • Pengangkutan bot di jeti disediakan
  • Maksimum 13 orang pengunjung untuk keselesaan digalakkan hanya 10 orang
  • Terdapat 2 bilik tidur
  • 5 katil double decker termasuk 7 tilam tambahan
  • Kelengkapan VCD, TV LCD,microfon, dan PA System
  • Set karoake untuk hiburan pengunjung
  • Set BBQ 
  • 2 set kano atau kayak dan jaket keselamatan
  • 4 set surfing board beserta kelengkapan baju keselamatan
  • 1 set meja makan yang boleh diduduki 1 orang
  • 1 set sofa yang selesa
  • Pagar keselamatan di sekeliling houseboat untuk pantauan keselamatan
  • Kelengakapan dapur yang lengkap
  • Makanan dan minuman disediakan oleh pemilik tempat

 

                                

 

 Pengkalan Tok Mas

        Terdapat sebuah tempat peranginan yang terdapat di Kampung Musa iaitu Pengkalan Tok Mas. Pengkalan Tok Mas ditubuhkan oleh Hj. Idris Bin Ibrahim atau dikenali dengan nama Pak Cik Yeh. Nama Pengkalan Tok Mas diambil adalah sempena dengan nama isterinya Tok Mas. Sekarang Pengkalan Tok Mas di jaga dan diselia oeh anak lelaki Tok Mas iaitu Encik Nariza Bin Idris atau lebih mesra dipanggil Pak Lang Liza.Tempat peranginan tersebut diwujudkan sejak tahun 2007 lagi dan mula beroperasi secara meluas bermula pada awal tahun 2008. Pengkalan Tok Mas tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada tahun itu iaitu Dato’ Seri Mahawangsa Dato’ Seri Diraja Hj. Mahadzir Bin Khalid atau dikenali sebagai Menteri Pendidikan Malaysia pada ketika ini. Dalam perasmian tersebut sebanyak 3 ekor kambing telah dikorbankan dalam majlis tersebut.

Kemudahan yang disediakan di Pengkalan Tok Mas ialah :

  • Dewan orang ramai
  • 2 bilik tandas
  • 5 tempat rehat / riadah
  • Tapak khemah
  • Gelanggang sepak takraw
  • Padang untuk sukaneka
  • Bilik persalinan
  • Tempat karoake

 

               Di Pengakalan Tok Mas juga seandainya Hari Raya Aidiladha setiap tahun akan terdapat majlis sembelihan korban dilakukan di sana. Malahan, andai ada yang ingin berkahwin dan membuat repsepsi di sini juga boleh dibuat. Justeru, di sini menampakkan Pengakalan Tok Mas mempunyai pelbagai fungsi yang mampu menarik pengunjung luar untuk datang. Setaip petang Encik Nariza akan membuka karoakenya supaya pengunjung yang datang boleh beriadah sambil berhibur untuk menyanyi.