Di Kampung Musa juga terdapatnya persatuan Belia yang  menjadi penyumbang kepada tenaga kerja untuk melakukan tugasan yang berat. Misalnya, menjelang musim kenduri-kendara yang akan diadakan mereka akan sibuk melakukan tugas memasang khemah dan menyiang daging untuk memasak. Malahan, ada sesetengah menu akan di masak oleh golongan lelaki dan ianya di panggil rewang kenduri. Golongan belia juga aktif mengikuti program kesukanan di kampung seperti permainan sepak raga dan bola sepak. Persatuan Belia turut giat menjalankan kelas untuk mempelajari seni persilatan yang di ajar oleh Encik Mansor atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Teh Chop.