Ikan keli yang dikategorikan sebagai “Ikan Rakyat”, merupakan salah satu spesies ikan yang mendapat sambutan yang tinggi di negeri Kedah. Rasanya yang enak dan boleh dimasak pelbagai cara serta harganya yang lebih rendah berbanding ikan-ikan lain, menyebabkan ikan keli menjadi pilihan utama pengguna. Pengeluarannya tidak dapat menampung permintaan pengguna terutama apabila tiba bulan puasa dan musim perayaan. Bagi menampung permintaan, ramai peniaga membawa masuk ikan keli dari negeri Perak. Di daerah Padang Terap terdapat seorang ushawan yang mengambil inisiatif menghasilkan produk ikan keli kering. Usahawan ini ialah :

Nama : Encik Amran bin Samsudin

Produk : Ikan Keli Kering

Harga : RM 4.00

  1. Samperit Hijau – Lazimnya ramai usahawan hanya mengeluarkan kuih samperit yang berteraskan warna kuning namun bagi usahawan ini beliau mempelbagaikan warna tekstur samperitnya dengan membuat inovasi menjadikan warnanya hijau. Dengan ini, ianya nampak lebih menarik berbanding samperit biasa yang berada di pasaran masa kini. Usahawan ini ialah :

Nama : Sakina Zahri Bt Mat Tajri

Produk : Samperit Hijau

Harga : RM 5.00 (balang kecil)

 

 

  1. Banner/ Banting / Kad Kahwin – Terdapat usahawan yang menghasilkan produk berasaskan perkhidmatan iaitu membuat dan mencetak kad kenduri kahwin, banting, banner dan streamer. Usahawan ini merupakan usahawan muda yang berumur 24 tahun. Perniagaannya sangat mendapat sambutan pada masa kini kerana beliau menyediakan khidmat yang terbaik untuk kesemua pelanggannya. Usahawan ini ialah :

Nama : Mohamad Farizuwan Bin Mohamad Fouzi

Produk : Banner, banting, kad kahwin

Harga : RM 3.00 / kaki