Wanita

 

        Kebanyakan golongan wanita di Kampung Musa merupakan ahli persatuan Gerakan Persatuan Wanita (GPW). Gerakan Persatuan Wanita (GPW) dipengerusikan oleh Puan Fatimah Binti Ibrahim. Selain itu, dia juga dibantu oleh beberapa orang lagi ahli  iaitu merangkumi naib pengerusi  Puan Hadibah Binti Haji Ahmad dan ahli jawatankuasanya seperti Puan Sharifah Binti Hussain, Puan Rohani Binti Ibrahim, Puan Faudziah Binti Yaakub, Puan Habsah Binti Ahmad, Puan Leha Binti Ahmad, Puan Sopiah Binti Ibrahim dan Puan Ropakaf Binti Md Isa.

 

      Persatuan Gerakan Wanita ini sangat aktif dalam menjalankan pelbagai aktiviti di kawasan Kampung Musa. Antara aktiviti yang sering dijalankan oleh GPW ialah bacaan Yasin antara rumah ke rumah setiap minggu dan juga bacaan Al Quran ketika terdapatnya kematian di kawasan sekitar kampung. Mereka juga ada menjalankan aktiviti kelas memasak bagi golongan wanita yang di ajar oleh seorang petugas dari Pejabat Kemas Kuala Nerang. Kelas memasak ini dijalankan setiap hari Isnin. GPW juga turut membantu dalam kegiatan gotong royong apabila adanya majlis seperti kenduri-kendara. Mereka akan membuat kerja seperti memasak, menghidang, merewang, bersiang,  dan menyiapkan segala juadah untuk tetamu serta membersihkan segala kelengkapan yang digunakan untuk proses kenduri.. Justeru, ini telah menunjukkan bahawa GPW Kampung Musa sangat  giat menjalankan aktiviti dan menganjurkan pelbagai program untuk setiap ahlinya. Setiap program yang dijalankan turut memberi ilmu pengetahuan dan memanfaatkan pada masa yang sama.