Tarikh :9 Mei 2024 (Khamis)
Masa :9.00 Pagi - 1.00 Petang
Lokasi :Sekolah Kebangsaan Naka
Peserta : 100 Peserta

Tujuan

Program ini merupakan kerjasama pihak NADI Kluster Padang Terap bersama-sama dengan Sekolah Kebangsaan Naka untuk menjayakan program Advokasi sempena Gotong-Royong Madani yang dijalankan di sekolah. Pihak NADI bertanggungjawab menjalankan aktiviti taklimat Klik Dengan Bijak serta STEM untuk para pelajar.

Aktiviti

Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan iaitu satu kumpulan mempunyai 10 orang pelajar tahap 2 sekolah ini. Mereka diberi tugasan untuk menyiapkan straw tower atau menara straw mengikut kreativiti kumpulan mereka. Markah di ambil berdasarkan menara straw yang tidak runtuh setelah diuji dengan meletakkan buku di atasnya. Mereka juga dikehendaki membuat pembentangan tentang hasil kerja mereka. Akhir sekali, pihak NADI memberikan taklimat Klik Dengan Bijak bersama beberapa soalan kuiz spontan untuk menguji tahap kefahaman mereka.

Gambar Disini