Tarikh : 23 November 2017 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kampung Belukar Luas
Peserta : 70 orang peserta
Tujuan 

Antara objektif yang ingin disasarkan adalah mendekatkan komuniti terutama warga emas dan golongan kurang berkemampuan dalam mendapatkan perkhidmatan di kaunter agensi berkaitan.

  1. Mewujudkan kerjasama dengan agensi dalam membantu keperluan komuniti dan mendedahkan peranan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti sekitar khususnya penggunaan platform pelbagai guna iaitu Dashboard Komuniti (DK). Pendedahan maanfaat ICT diselitkan disamping panduan keselamatan penggunaan Internet bagi mengelakkan berlakunya jenayah Internet.
   
Aktiviti 


Program ini mendekatkan komuniti dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Klinik Kesihatan, AADK dan Tabung Haji (TH) yang memberi kemudahan kepada komuniti dalam menyelesaikan pelbagai urusan rasmi. petugas Pusat Internet 1Malaysia turut mengambil peluang membuat pameran, aktiviti dan pertandingan bagi mempromosikan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia. Antaranya termasuklah Muat turun aplikasi Dashboard Komuniti (DK) di telefon bimbit, Pertandingan Teka Jumlah Guli Dashboard Komuniti, Kuiz ICT / KDB, Pemeriksaan Kesihatan Tekanan Darah (My Health) dan promosi e-waste (Kitar Semula Telefon Bimbit Rosak).

Gambar Disini