Tarikh | : 24 February 2018 |
Masa | : 8.00 pagi - 2.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Felda Lubok Merbau |
Peserta | : 150 orang peserta |
Tujuan
Program ini dijalankan bagi mendekatkan Pusat Internet 1Malaysia dengan komuniti sekitar. Petugas dapat memberikan taklimat berkaitan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti sekitar seiring saranan kerajaan untuk mewujudkan masyarakat celik IT. Kempen kesedaran keselamatan internet turut diberi sebagai peringatan bagi mengelakkan masalah jenayah Internet yang sukar dikawal.
Aktiviti
Para peserta diberikan taklimat berkaitan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia, kempen kesedaran penggunaan Internet dan promosi penggunaan laman Dashboard Komuniti sebagai salah satu platform pelbagai guna untuk kegunaan semua golongan masyarakat. Kuiz turut diberikan kepada peserta bagi menguji kefahaman berkaitan penerangan yang diberikan. Selain itu, fokus utama program ini adalah bagi menyampaikan hadiah pertandingan dashboard kepada pemenang. Antara aktiviti yang dijalankan seperti My Health, muat turun aplikasi dashboard dan lain-lain.