Tarikh | : 03 Mei 2018 (Khamis) |
Masa | : 3.30 petang - 5.30 petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Kg Tanjung |
Peserta | : 14 orang peserta |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi ilmu kepada golongan wanita terutamanya surirumah agar dapat memahirkan diri untuk menghasilkan produk tradisional dan boleh dipasarkan melalui perniagaan atas talian. Dalam aktiviti ini peserta diajar bermula dengan cara asas untuk membuat kuih loyang yang sedap dan dipelbagaikan warna kuih tersebut.
Aktiviti
Memberi kursus keusahawanan secara tidak langsung kepada peserta bengkel. Mereka diajar cara menghasilkan adunan yang betul untuk membuat kuih loyang. Setelah siap aktiviti membuat kuih loyang produk itu dipaket dengan kemas dan menarik untuk diambil gambar bagi dipasarkan ke dalam dashbaord My Shop.