Penjagaan sistem keselamatan di Kampung Musa sering diawasi oleh Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Kemajuan Rukun Tetangga kampung. Di sini, sekiranya terdapat sesuatu masalah merekalah bertanggungjawab dalam memastikan Kampung Musa sentiasa dalam keadaan selamat dan tiada sebarang masalah. Sebarang masalah akan dibincangkan dalam mesyuarat ahli dan diselesaikan dengan sebaiknya bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan kampung.