Di Kampung Musa terdapat sebuah Klinik Desa 1Malaysia yang terletak kira-kira 200 meter dari Pusat Internet 1Malaysia Kg Musa. Klinik Desa Kg Musa ini merupakan salah satu insentif kemudahan kepada warga desa kerana penduduk Kampung Musa berada agak jauh dari Hospital Kuala Nerang. Warga desa boleh melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik tersebut dan mendapatkan perkhidmatan yang diberi adalah untuk menjamin kesihatan warga desa sentiasa baik.