Nama : Nur Shafinas Binti Shahbudin

 

Umur : 16 Tahun

 

Ahli : 2016

 

 Latar Belakang

Saya menjadi ahli PEDi Kg Musa pada usia 15 tahun. Pada awalnya saya ke PEDi hanya untuk menggunakan internet bagi menyiapkan kerja kursus yang diberikan oleh guru Sains Tingkatan 3. Hal ini kerana di rumah saya tiada kemudahan laptop atau netbook yang memudahkan saya untuk melakukan proses menaip kesemua data.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum adanya penubuhan PEDi jikalau saya ingin membuat kerja yang menggunakan komputer saya perlu ke “cybercafé” di hadapan PEDi sekarang . Tetapi harga yang ditawarkan terlalu mahal untuk menggunakanya menyiapkan kerja sekolah yang diberi. Alternatif lain yang saya gunakan ialah menggunakan komputer di makmal komputer sekolah, terdapat kesukaran waktu untuk saya menggunakannya di sekolah kerana hanya dibernarkan pada waktu rehat.

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 Namun, selepas adanya penubuhan PEDi di Kg Musa pada tahun 2016 banyak ilmu dan manfaat yang dapat saya perolehi melaluinya. Antaranya, ianya dapat menjimatkan masa dan tenaga saya untuk menyiapakan kerja sekolah yang memerlukan penggunaan computer. Pusat Internet ini terletak di dalam kampung dan ianya banyak memberi manfaat kepada komuniti. Di sini terdapat pelbagai kemudahan sampingan iaitu wifi komuniti, laminate, binding, cetakan dan fototat. Harga yang ditawarkan juga sangat murah berbanding di kedai biasa. Di sini juga pelbagai kelas yang dapat saya ikuti seperti kelas Bahasa Melayu, Matematik, tutorial dan pelbagai aktiviti menarik seperti Hari Dashboard yang turut saya ikuti.