Nama : Mohammad Safri Bin Haji Mahmud

 

Umur :25 Tahun

 

Ahli : 2017

 

Latar belakang

Encik Safri merupakan seorang graduan Universiti. Namun, disebabkan banyak kekangan dalam mendapatkan perkerjaan kesan daripada lambakan graduan pada masa kini, beliau mengorak langkah dengan memjalankan perniagaan sendiri. Pada awalnya, beliau mengganggap minat untuk bercucuk tanam sahaja namun, galakan dari pelbagai pihak mendorongnya untuk meneruskan hobi sebagai mata pendapatan utamanya masa kini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas wujudnya penubuhan Pusat Internet Kg Musa yang berdekatan dengan tempat tinggalnya membantunya dalam menghasilkan proposal untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada MOA, Pejabat Pertanian dan lain-lain sumber. Selain itu, Pusat Internet menjadikan dia mudah untuk membuat cetakan bahan-bahan yang diperlukan ketika dia menjalankan kursus cara penanaman cili fertigasi kepada peserta kursusnya.