Nama : Nur Nabilah Binti Ismail

 

Umur : 26 Tahun

 

Ahli : 2016

 

Latar belakang

 Pn.Nabilah bertugas sebagai Pembantu Kemas Kg Surau. Kos hidup yang makin meningkat memerlukan Pn.Nabilah membuat pekerjaan lain bagi menampung pendapatan kerja beliau dan juga suami.

Sebelum penggunaan ICT

Waktu yang terluang di petang hari dan malam dimanfaatkan sepenuhnya oleh beliau untuk mempromosikan jualannya. Berniaga secara memudahkan beliau berinteraksi secara terus dengan pelanggan serta dapat menjana pendapatan yang pantas.

 Selepas penggunaan ICT

 Hari terbuka komuniti pada 22 Oktober 2016 adalah hari dimana beliau mengenali Pusat Internet serta fungsi yang ada. Beliau sering mengunjungi pusat internet untuk menggunakan internet selepas waktu kerja beliau. Internet yang baik dapat membantu beliau membuat posting dan promosi yang berkesan di facebook. Petugas membantu untuk memberi ilmu seperti mengambil gambar dan ayat-ayat promosi yang berkesan.