Nama : Afifuddin Bin Wahab

 

Umur : 25 Tahun

 

Ahli : 2018

Latar belakang

En.Afifudin seorang kerani di sebuah syarikat pembinaan. Minatnya terhadap pertanian membolehkan beliau berhenti kerja dan mengusahakan bidang pertanian. Beliau seorang yang rajin berusaha dan tidak cepat mengalah.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Beliau sering menghadiri kursus dan bengkel yang dijalankan oleh mana-mana individu terhadap bidang pertanian. Kesemua bentuk perniagaan beliau terokai untuk mendapat pengalaman. Tahun 2017 En.Afifudin dan rakan-rakannya membuka sebuah syarikat dan mengusahakan tanaman Cili Fertigasi. Produknya hanya dijual sekitar kampung dan juga secara borong kepada pengusaha-pengusaha kedai sekitar Pedu ini. Pendapatan yang diperoleh adalah sekitar Rm 10000.00 hingga Rm 20000.00. Beliau ke Pusat Internet hanyalah untuk menggunakan perkhidmatan mencetak dan fotokopi.

Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Setelah beliau mengetahui tentang perkhidmatan dan aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Internet, beliau sering menggunakan Pusat Internet untuk melayari internet dan mencari bahan untuk tanaman cili beliau. Beliau mengetahui cara-cara pemasaran atas talian dan menjual produknya di dalam Facebook. Beliau juga menggunakan Adobe Photoshop di Pusat Internet untuk mengedit poster produknya. Kini pendapatan beliau bertambah dari rm 20000.00 ke Rm 50000.00 hingga Rm 60000.00 dengan adanya promosi di media sosial. Beliau dan rakan-rakannya juga telah menambah bilangan produk dengan tanaman jagung. Kini, beliau juga menjual baja organik dan mengadakan kursus tanaman cili fertigasi kepada usahawan baru yang hendak memulakan tanaman ini. Keputusan beliau dan rakan untuk berhenti kerja dan mengusakan bidang pertanian adalah satu tindakan yang bijak dan wajar dicontohi oleh belia lain.