Nama : Muhammad Danish Bin Azmi

 

Umur : 13 Tahun

 

Ahli : 2016

Latar belakang

Muhammad Danish adalah pelajar Darjah 3 Sekolah Kebangsaan Pedu semasa beliau menjadi ahli PEDi Kampung Musa. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Muhammad Danish adalah antara individu terawal yang menjadi ahli PEDi. Sebelum ini, beliau mencari maklumat dan membuat kerja sekolah hanyalah dengan menggunakan telefon bimbit dengan membeli data internet dengan sendiri. Beliau juga sering berkunjung ke Bilik Komputer sekolah untuk mencari maklumat jika guru membenarkan beliau dan rakan menggunakannya. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Datang bersama ibu Adik Danish ke PEDi untuk mengetahui perkhidmatan yang ditawarkan oleh PEDi. Mendapat juga perkhabaran dari rakan-rakan yang lain yang PEDi Kampung Musa menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh memudahkan beliau membuat kerja sekolah. Adik Danish berkunjung ke PEDi untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Sering melihat kemahiran bermain bolasepak di internet telah menjadikan beliau salah seorang pemain bolasepak yang mewakili Malaysia bawah 12 tahun di Jepun pada tahun lalu. Dengan kejayaan itu, beliau telah dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar Sk Pedu 2019.