Nama : Muhammad Azaim Bin Abdullah
Umur : 16 Tahun
Ahli : 2016 |
Latar belakang
Muhammad Azaim adalah pelajar Darjah 6 Sekolah Kebangsaan Pedu semasa beliau menjadi ahli PEDi Kampung Musa pada tahun 2016. Pada tahun 2020, beliau adalah seorang pelajar aliran agama di Sekolah Agama Al-Khairiah Barokhas dan berumur 16 tahun.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Muhammad Azaim adalah antara individu terawal yang menjadi ahli PEDi. Sebelum ini, beliau mencari maklumat dan membuat kerja sekolah hanyalah dengan menggunakan telefon bimbit dengan membeli data internet dengan sendiri. Beliau juga sering berkunjung ke Bilik Komputer sekolah untuk mencari maklumat jika guru membenarkan beliau dan rakan menggunakannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Mendapat perkhabaran dari Petugas PEDi Kampung Musa bahawa PEDi Kampung Musa akan mula beroperasi pada 21 Jun 2016 semasa sesi taklimat Klik Dengan BIjak di SK Pedu. Petugas telah menerangkan kepada beliau bersama rakan-rakannya yang lain akan perkhidmatan yang ditawarkan. Adik Azaim berkunjung ke PEDi untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Beliau sering memasuki kelas Komputer dan Program ICT yang dijalankan di PEDi. Sepanjang lebih 4 tahun menggunakan PEDi beliau mampu untuk menggunakan komputer serta internet dengan baik. Pusat Internet juga satu “platform” untuk beliau meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tentang komputer dan internet.