Nama : Siti Nur Liana Binti Awang

 

Umur : 18 Tahun

 

Ahli : 2016

Latar belakang

Siti Nur Liana adalah seorang pelajar Tingkatan 6 bawah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Ahmad.  Beliau mula menjual baju-baju viral secara kecil-kecilan pada usianya 17 tahun.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Permulaan beliau menceburkan diri di dalam bidang bisnes online ini adalah untuk mencari sumber pendapatan lebih untuk menampung kos yuran sekolahnya. Beliau datang daripada keluarga tidak berkemampuan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan sedikit ilmu yang dipelajari daripada kelas ICT yang beliau sertai sepanjang bergelar seorang pelajar di Pusat Internet, beliau mampu mengiklankan produk sehingga mendapat permintaan yang menggalakkan. Beliau memasuki pula kelas Shopee yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Bermula dari situ beliau mampu untuk memegang stok dan membuat jualan atas talian. Pada masa sekarang, beliau melakukan 2 kaedah untuk perniagaannya iaitu “COD” dan “Online”. Beliau berjaya untuk menambah sumber pendapatan dengan kaedah ini.