Nama : Norafika Binti Abdul Razak

 

Umur : 25 Tahun

 

Ahli : 2020

Latar belakang

Rafika merupakan seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam iaitu UiTM Shah Alam.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Rafika merupakan seorang pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman dan sekitar kawasan rumahnya sukar untuk mendapatkan talian telefon dan internet yang baik. Dia selalu mengalami kesukaran untuk belajar dan mencari bahan pengajian semenjak pandemic covid-19 melanda negara memandangkan dia  belajar secara atas talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Rafik mula mengenali PEDi Kg Musa melalui facebook PEDi. Dia awalnya hadir untuk fotokopi dan cetakan sahaja. Kemudian hari, dia mula mendaftarkan diri menjadi ahli untuk menggunakan komputer dan internet yang terdapat disini bagi tujuan kelas atas taliannya. Sejak itu, setiap hari dia akan hadir. Malahan, PEDi ini juga sesuai untuknya belajar kerana terdapat bilik latihan yang selesa dan memudahkan dirinya untuk membuat video dan lain-lain.