Tarikh : 21 February 2019 (Khamis)
Masa : 9.00 Pagi - 3.00 Petang
Lokasi : PKD Keda Bukit Kura
Peserta : 300 peserta

Tujuan

Program ini bertujuan membantu komuniti dalam urusan mengemas kini permohonan Bantuan Sara Hidup.

Aktiviti

Pusat Internet kluster Padang Terap bekerjasama dengan Pusat Komuniti Desa Kg Bukit Kura telah menjemput pihak LHDN untuk datang ke PKD bagi memudahkan penduduk kawasan ini membuat kemas kini BSH mereka. Pusat Internet membantu komuniti dalam menyediakan segala dokumen yang diperlukan oleh pihak LHDN supaya memudahkan urusan kemas kini.

Gambar Disini

Tarikh : 16 February 2019 (Sabtu)
Masa : 9.00 Pagi - 1.00 Petang
Lokasi : Sekolah Kebangsaan Perik
Peserta : 60 peserta

Tujuan

Program ini kerjasama Sek.Keb.Perik bersama warga KRT Kg.Perik.

Aktiviti 

Pusat Internet Kluster Padang Terap menjalankan aktiviti seperti kuiz KDB, teka silang kata, kira jumlah KDB, pendaftaran ahli dan pameran.

Gambar Disini

Tarikh : 09 Februari 2019 (Sabtu)
Masa : 3.30 Petang- 5.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Kampung Musa
Peserta : 4 Orang Peserta

Tujuan

Kelas ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta supaya mahir menggunakan komputer dari semua aspek

Aktiviti

Peserta di ajar menghasilkan flyers iklan dengan menggunakan aplikasi publisher.

Gambar Disini

Tarikh : 13 February 2019 (Rabu)
Masa : 9.00 Pagi - 11.00 Pagi
Lokasi : Sekolah Kebangsaan Nami
Peserta : 100 peserta

Tujuan

Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan mengenai kepentingan menggunakan internet dengan bijak.

Aktiviti

Taklimat berkaitan pendedahan menggunakan internet secara bijak. Jika, menyalahgunakannya pelbagai kesan yang akan berlaku pada diri. Justeru, semua komuniti didedahkan secara teliti supaya tidak menggunakan internet dengan tidak berfaedah.

Gambar Disini

Tarikh : 02 Februari 2019 (Sabtu)
Masa : 3.30 Petang- 5.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Kampung Musa
Peserta : 6 Orang Peserta

Tujuan

Kelas ini bertujuan mengajar ahli yang terdiri daripada pelajar sekolah supaya mahir dalam menggunakan komputer.

Aktiviti

Sebanyak enam orang peserta di ajar cara menghasilkan kad ucapan hari jadi dengan menggunakan aplikasi atas talian iaitu "Poster Mywall".

Gambar Disini