Tarikh :07 November 2024 (Khamis)
Masa :11.00 Pagi - 1.00 Petang
Lokasi :Dewan S.K Danglau
Peserta :200 Orang Peserta

Tujuan

Taklimat Safe and Sheild telah dijalankan bersama dengan pelajar S.K Danglau yang keseluruhan pelajarnya mempunyai 200 orang. Taklimat ini berfokus kepada penggunaan internet pada masa kini kepada pelajar.

Aktiviti

Pelajar diberikan taklimat berkenaan keselamatan digital serta cara penggunaan teknologi secara bijak dan selamat.Sepanjang taklimat, pelajar didedahkan kepada pelbagai maklumat penting berkaitan keselamatan dalam talian, termasuk cara melindungi identiti digital, mengenal pasti risiko siber, dan amalan penggunaan gajet yang selamat dan beretika. Pelajar juga diberikan taklimat untuk melindungi data peribadi daripada berkongsi kepada kenalan yang dikenali secara atas talian sahaja.

Gambar Disini

Tarikh :04 November 2024 (Isnin)
Masa :11.00 Pagi - 12.30 Tengahari
Lokasi :Kantin S.K Datin Fatimah
Peserta :200 Orang Peserta

Tujuan

Taklimat Safe and Sheild telah dijalankan bersama dengan pelajar S.K Datin Fatimah yang keseluruhan pelajarnya mempunyai 200 orang. Taklimat ini berfokus kepada penggunaan internet pada masa kini kepada pelajar.

Aktiviti

Pelajar diberikan taklimat berkenaan keselamatan digital serta cara penggunaan teknologi secara bijak dan selamat.Sepanjang taklimat, pelajar didedahkan kepada pelbagai maklumat penting berkaitan keselamatan dalam talian, termasuk cara melindungi identiti digital, mengenal pasti risiko siber, dan amalan penggunaan gajet yang selamat dan beretika. Pelajar juga diberikan taklimat untuk melindungi data peribadi daripada berkongsi kepada kenalan yang dikenali secara atas talian sahaja.

Gambar Disini

Tarikh :19 October 2024 (Sabtu)
Masa :10.00 Pagi - 4.00 Petang
Lokasi :NADI Kampung Musa
Peserta :35 Orang Peserta

Tujuan

Program Mobile Legend ini merupakan program saringan peringkat NADI bagi pemilihan kumpulan kelayakan untuk ke perlawanan peringkat negeri.

Aktiviti

Peserta di daftarkan untuk menjadi ahli terlebih dahulu. Setelah itu, mereka dikumpulkan secara berkumpulan sebanyak 6 pemain termasuk simpanan seorang. Mereka kemudiannya, diberikan untuk berlawan secara liga dan pemenang tempat pertama layak untuk mewakili NADI Kg Musa ke peringkat negeri pada bulan November akan datang.

Gambar Disini

 

Tarikh :24 October 2024 (Khamis)
Masa :9.00 Pagi - 1.00 Petang
Lokasi :Dewan Kolej Mara, Kuala Nerang
Peserta :200 Orang Peserta

Tujuan

Tujuan utama Sesi Latihan Keusahawanan - Business 101 ini adalah untuk memberikan latihan asas keusahawanan yang direka khusus untuk memperkasakan para peserta dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang perniagaan serta menjadi sesi pengenalan kepada program NADI x Usahawan. Latihan Keusahawanan - Business 101 ini adalah percuma dan akan dibiayai sepenuhnya.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan ialah penerangan secara lengkap mengenai latihan keusahawan - Business 101 kepada peserta yang terdiri daripada pelajar Kolej Mara, Kuala Nerang. Selain itu, dibuat juga pembukaan pendaftaran ahli NADI secara percuma kepada semua peserta. Turut dijalankan saringan wellbeing kepada peserta.

Gambar Disini

Tarikh :17 October 2024 (Khamis)
Masa :9.00 Pagi - 1.00 Petang
Lokasi :Dewan S.K Tualak
Peserta :300 Orang Peserta

Tujuan

Taklimat safe and shield dijalankan oleh NADI Kluster Padang Terap untuk pelajar S.K Tualak. Pelajar diberikan taklimat berkenaan tentang penggunaan internet pada masa kini yang terlalu berleluasa.

Aktiviti

Pelajar diberikan pendedahan tentang bahayanya internet sekiranya tidak dikawal pada masa kini. Jika tersilap dan berlebihan boleh memudaratkan diri dan kesihatan pada masa akan datang.

Gambar Disini