Garis Panduan Penjagaan Kesihatan Semasa Banjir

Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytiharkan banjir oleh pihak berkuasa.

Masalah-Masalah Yang Berlaku Semasa Banjir

Banjir boleh mendatangkan masalah / bahaya seperti :

  • Lemas
  • Terdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatuh ke dalam longkang
  • Terkena renjatan elektrik
  • Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu

Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Semasa Banjir

  • Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir
  • Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa
  • Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah
  • Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir

Bagaimana Kita Boleh Menjaga Kesihatan Ketika Berada Di Pusat Pemindahan?

  • Sentiasa minum air yang telah dimasak
  • Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman
  • Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah
  • Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling :
  • Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandasDapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor
    • Guna tandas yang sempurna
    • Buang sampah di tempat yang betul
  • Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan muntah-muntah

*sumber : http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/Banjir.php

unnamed.jpg
 
Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 
 
Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:
 
1. Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan        kerana boleh merebakkan jangkitan;
 
2. Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
 
3. Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas              menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
 
4. Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk        tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
 
5. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
 
6. Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum        masuk ke kelas.
 

Di Kampung Musa terdapat sebuah  Klinik Desa 1Malaysia yang terletak kira-kira 200 meter dari Pusat Internet 1Malaysia Kg Musa. Klinik Desa Kg Musa ini merupakan salah satu insentif kemudahan kepada warga desa kerana penduduk Kampung Musa berada agak jauh dari Hospital Kuala Nerang.  Warga desa boleh melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik tersebut dan mendapatkan perkhidmatan yang diberi adalah untuk menjamin kesihatan warga desa sentiasa baik.

 

Image result for tips keselamatan semasa banjir