Ikan keli yang dikategorikan sebagai “Ikan Rakyat”, merupakan salah satu spesies ikan yang mendapat sambutan yang tinggi di negeri Kedah. Rasanya yang enak dan boleh dimasak pelbagai cara serta harganya yang lebih rendah berbanding ikan-ikan lain, menyebabkan ikan keli menjadi pilihan utama pengguna. Pengeluarannya tidak dapat menampung permintaan pengguna terutama apabila tiba bulan puasa dan musim perayaan. Bagi menampung permintaan, ramai peniaga membawa masuk ikan keli dari negeri Perak. Di daerah Padang Terap terdapat seorang ushawan yang mengambil inisiatif menghasilkan produk ikan keli kering. Usahawan ini ialah :

Nama : Encik Amran bin Samsudin

Produk : Ikan Keli Kering

Harga : RM 4.00