Nama : Encik Abdul Wahab Bin Abdullah

Umur : 58

Ahli : 2017

 

 

 Latar belakang

En.  Abdul  Wahab  merupakan seorang  usahawan  dari  Kampung  Padang  Setol.  Beliau  telah  memulakan  usaha  melakukan  sawah  gemilang  ini  pada  tahun  2014.  Beliau  adalah  salah  seorang  usahawan  yang  melakukan  sawah  gemilang  antara  9  orang  yang  terpilih  oleh  Pejabat  pertanian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Penggunaan  media  sosial  En. Abdul  Wahab  hanyalah  sebagai  wadah  untuk  mencari  rakan  dan  berkongsi  gambar  kenangan  bersama  rakan-rakannya. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Bulan  Januari  2017, beliau  datang  ke  Pusat  Internet  1Malaysia  Kampung  Musa  untuk  bertanyakan  jika  PI1M  menyediakan  khidmat  membuat  rancangan  perniagaan.  En.  Abdul  Wahab  ingin  membuat  rancangan  perniagaan untuk  memperbesarkan  aliran  air  sawah  padinya. Petugas  membuat  rancangan  perniagaannya  beserta  dengan  kelas  untuk  beliau  supaya  di  kemudian  hari  beliau  sudah  mempunyai  sedikit  ilmu  untuk  membuat  rancangan  perniagaannya  sendiri.  Beliau  juga  sering  menggunakan  pi1m  untuk  mencari  maklumat  tentang  sawah  gemilang.