Tarikh | : 26 -29 Oktober 2017 (Khamis - Ahad) |
Masa | : 10.00 pagi - 10.00 malam |
Lokasi | : Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah. |
Peserta | : 70 orang peserta di khemah pameran / taklimat di khemah utama |
Tujuan | |
Program ini bertujuan memperkenalkan usahawan yang mengusahakan gerai makanan popular di jalanan sekitar negeri Kedah terutamanya di sekitar daerah Pendang dan Padang Terap. Para usahawan ini turut dibantu oleh petugas Pusat Internet 1Malaysia sekitar kawasan khususnya dari segi promosi dan pembangunan pasaran yang seterusnya menjadi tular dalam kalangan penggemar makanan jalanan. Program bersama pelbagai agensi (Forward Kedah selaku penganjur utama) ini turut mendedahkan peranan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti sekitar khususnya dalam menyumbang tenaga bagi menjayakan program berskala besar ini. |
|
Aktiviti | |
|
Tarikh | : 30 Oktober 2017 (Isnin) |
Masa | : 9.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Belimbing Kanan |
Peserta | : 30 orang wakil peserta |
Tujuan | |
Program ini diadakan sebagai penutupan Kursus bahasa Inggeris 1Malaysia (BI1M) yang telah dijalankan kepada lebih 160 orang peserta yang terdiri dalam kalangan penjawat awam, pekerja swasta dan belia. Bengkel ini mengajar kepada peserta kursus untuk mempelajari kemahiran berbahasa Inggeris dengan betul. |
|
Aktiviti | |
|
Tarikh | : 4 Oktober 2017 (Rabu) |
Masa | : 9.00 pagi - 11.00 pagi |
Lokasi | : Pejabat Pertanian Daerah Padang Terap |
Peserta | : 10 orang ahli mesyuarat |
Tujuan | |
Mesyuarat pelaksanaan program ini merupakan kerjasama dengan agensi lain, antaranya Majlis Daerah, Jabatan Pertanian dan AJK Kg Padang Nyior dalam menyumbangkan khidmat urusetia dalam program yang dijalankan. |
|
Aktiviti | |
|
Tarikh | : 4 November 2017 (Sabtu) |
Masa | : 9.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : Perkarangan Masjid Kg. Padang Nyior |
Peserta | : 54 Orang |
Tujuan | |
Program diadakan untuk merapatkan komuniti bersama wira dan wirawati, Kem PLKN Dusun Resort, Kuala Nerang. |
|
Aktiviti | |
Dimulakan dengan senamrobik bersama komuniti. Seterusnya aktiviti gotong-royong membersihkan masjid,sekolah dan tadika. Sebahagian peserta plkn membantu dalam pertandingan mewarna untuk kanak-kanak tabika kemas. Aktiviti sukaneka diteruskan bersama dengan taklimat KDB serta permainan dam ular Dashboard Komuniti. Diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah dan makan tengahari.
|
Tarikh | : 2 Oktober 2017 (Isnin) |
Masa | : 8.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : Bendang Telaga Batu, Kampung Padang Setol |
Peserta | : 200 orang peserta |
Tujuan
Program ini merupakan kerjasama Pusat Internet 1Malaysia Kluster Padang Terap bersama dengan Pejabat Pertanian Daerah Padang Terap dan ADUN Pedu. Hal ini bertujuan memberikan pendedahan kepada komuniti tentang kepentingan Pusat Internet yang boleh membantu komuniti setrmpat dalm usaha meningkatkan kemahiran ICT dan juga membantu usahawan setempat.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian termasuklah Pameran baja, racun, demo penggunaan teknologi Drone untuk proses menabur baja, majlis penyerahan kunci makmal tisu Culture Pisang dan Orkid yang disempurnakan oleh YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri, Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi.