Tarikh | : 20 Februari 2018 (Selasa) |
Masa | : 3.00 petang -5.00 petang |
Lokasi | : Pejabat Mara Kuala Nerang |
Peserta | : 15 orang peserta |
Tujuan
Mesyuarat ini bertujuan membincangkan sebuah program inisiatif melestarikan komuniti atau 1MPAK yang bakal dianjurkan pada 27.2.2018. Program berskala besar ini melibatkan kerjasama banyak pihak seperti kerajaan iaitu Mara dan KKLW dan NGO yang bakal turut serta pada hari tersebut.
Aktiviti
Antara aktiviti yang di jalankan sepanjang mesyuarat diadakan seperti perbincangan mengenai sebut harga, pembahagian booth-booth pameran, pembahagian aktiviti dan susun atur kedudukan yang akan disusun pada tarikh 27.2.2018. Pihak Pusat Internet 1Malaysia diberi peluang untuk turut serta untuk memberi taklimat Klik Dengan Bijak serta pameran di booth.
Tarikh | : 12 Februari 2018 (Isnin) |
Masa | : 9.30 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Kampung Tanjung |
Peserta | : 10 orang peserta |
Aktiviti
Program dengan kerjasama Perpustakaan Desa ini mendedahkan peranan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti sekitar khususnya penggunaan platform Internet sebagai medium yang memudahkan pelbagai urusan.
Tujuan
Mengajar wakil staff daripada Perpustakaan Desa Zon Tengah untuk mempelajari cara mngendalikan perniagaan melalui atas talian. Antara yang dilakukan ialah cara mempromosi produk usahawan, poster wall, dan whatssap web.
Tarikh | : 28 Januari 2018 (Ahad) |
Masa | : 9.00 pagi - 2.00 pagi |
Lokasi | : Felda Lubok Merbau, Padang Terap, Kedah |
Peserta | : 300 orang peserta |
Tujuan
Program ini kerjasama antara pejabat Felda Lubok Merbau dengan Pusat Internet 1Malaysia bagi memperkenalkan peranan Pusat Internet kepada komuniti sekitar. Antaranya perkhidmatan yang di tawarkan di sini dan aplikasi yang diperkenalkan iaitu dashboard bagi membantu komuniti membuat pengumuman, pertanyaan, dan iklan produk ushawan.
Aktiviti
Sempena Karnival Muafakat Komuniti dan Pemimpin Bersama Rakyat yang diadakan di Felda Lubok Merbau pada 28 Januari 2018, wakil petugas Pusat Internet 1Malaysia mengambil peluang menjalankan aktiviti dan pertandingan bagi mempromosikan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia. Antaranya termasuklah taklimat dan Bengkel Kesedaran Penggunaan Internet dan Dashboard Komuniti.
Tarikh | : 7 Februari 2018 (Rabu) |
Masa | : 9.30 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Kampung Tanjung |
Peserta | : 10 orang peserta |
Tujuan
Program ini merupakan program kerjasama Pusat Internet 1Malaysia Kluster Padang Terap dengan pejabat Agama Islam daerah Padang Terap bagi mendedahkan kepelbagaian penggunaan ICT dalam sistem kemas kini data sekolah. Pendedahan maanfaat ICT diselitkan disamping panduan keselamatan penggunaan Internet bagi mengelakkan berlakunya jenayah Internet
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti memasukkan data murid KAFA sekolah ke dalam sistem pendidikan masa kini dengan menggunakan internet. Mereka menggunakan peluang kemudahan Internet berkelajuan tinggi di Pusat Internet 1Malaysia bagi menjalankan Bengkel Pemurnian Data Simpeni SPI / KAFA.
Tarikh | : 25 Januari 2018 (Khamis) |
Masa | : 9.00 malam - 12.00 malam |
Lokasi | : Masjid Al - Hidayah, Pekan Naka |
Peserta | : 11 kumpulan |
Tujuan
Menyamarakkan aktiviti keagamaan dalam kalangan komuniti setempat.
Aktiviti
Wakil petugas Pusat Internet 1Malaysia turut serta bagi tujuan rakaman video secara langsung persembahan Marhaban yang dipertandingkan. Pengumumam keputusan penuh pertandingan ini akan diumumkan pada program seterusnya. iaitu pada tarikh 3 February 2018.