Tarikh | :18 Mei 2024 (Sabtu) |
Masa | :2.30 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | :NADI Kampung Musa |
Peserta | : 2 Orang Peserta |
Tujuan
Pengisian data Rukun Tetangga dilakukan secara atas talian menggunakan website Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Data ini perlu dikemaskini setiap tahun bagi memudahkan untuk semakan dan kelulusan.
Aktiviti
Kesemua maklumat peribadi ahli Rukun Tetangga yang terkini perlu dikemaskini bagi mengetahui mereka masih aktif atau sudah tidak aktif. Pelbagai aktiviti dan program bersama komuniti telah di jalankan oleh pihak KRT Kg Kuala Tekai. Program-program yang telah dijalankan perlu dicatat dan dimasukkan keseluruhan butiran duit keluar masuk bagi memudahkan urusan audit pada masa hadapan.
Tarikh | :9 Mei 2024 (Khamis) |
Masa | :9.00 Pagi - 1.00 Petang |
Lokasi | :Sekolah Kebangsaan Naka |
Peserta | : 100 Peserta |
Tujuan
Program ini merupakan kerjasama pihak NADI Kluster Padang Terap bersama-sama dengan Sekolah Kebangsaan Naka untuk menjayakan program Advokasi sempena Gotong-Royong Madani yang dijalankan di sekolah. Pihak NADI bertanggungjawab menjalankan aktiviti taklimat Klik Dengan Bijak serta STEM untuk para pelajar.
Aktiviti
Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan iaitu satu kumpulan mempunyai 10 orang pelajar tahap 2 sekolah ini. Mereka diberi tugasan untuk menyiapkan straw tower atau menara straw mengikut kreativiti kumpulan mereka. Markah di ambil berdasarkan menara straw yang tidak runtuh setelah diuji dengan meletakkan buku di atasnya. Mereka juga dikehendaki membuat pembentangan tentang hasil kerja mereka. Akhir sekali, pihak NADI memberikan taklimat Klik Dengan Bijak bersama beberapa soalan kuiz spontan untuk menguji tahap kefahaman mereka.
Tarikh | :2 Mei 2024 (Khamis) |
Masa | :9.00 Pagi - 1.00 Petang |
Lokasi | :Sekolah Kebangsaan Pedu |
Peserta | : 100 Peserta |
Tujuan
Program ini merupakan kerjasama pihak NADI Kluster Padang Terap bersama-sama dengan pengurusan Sekolah Kebangsaan Pedu untuk menjayakan program Advokasi Gotong-Royong Madani. Pihak NADI bertanggungjawab menjalankan aktiviti taklimat Klik Dengan Bijak serta STEM untuk para pelajar.
Aktiviti
Sepanjang program berlangsung pihak NADI telah memberikan taklimat KDB yang bertajuk "Buli Siber" dan kesannya ke atas diri pelajar serta keluarga. Taklimat ini disampaikan oleh Puan Wan Suriyani selaku Pengurus NADI Kg Tanjung. Selain itu, diselitkan juga kuiz berkenaan dengan tajuk buli siber kepada pelajar bagi mengukur tahap pemahaman dan penerimaan mereka terhadap taklimat yang diberikan itu. Akhir sekali, pihak NADI membuat aktiviti STEM "Animation Drawing" kepada para pelajar secara berkumpulan.
Gambar Disini
Tarikh | :8 Mei 2024 (Rabu) |
Masa | :9.30 Pagi - 1.00 Petang |
Lokasi | :NADI Kg Tanjung |
Peserta | :12 Orang Peserta |
Tujuan
Kelas ini bertujuan memberi pengenalan kepada AgroBazaar Online kepada peserta yang terdiri daripada ushawan setempat sekitar NADI. Taklimat diberikan oleh pihak FAMA Daerah Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah.
Aktiviti
Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ialah pihak FAMA telah memberi tunjuk ajar kepada usahawan untuk membuat pendaftaran pengguna ke dalam website AgroBazaar Online. Setelah itu, peserta di ajar membuka kedai di dalam website AgroBazaar Online dan mereka di ajar cara meniaga yang betul secara mudah dan pantas.
Tarikh | :25 April 2024 (Khamis) |
Masa | :10.00 Pagi - 11.00 Pagi |
Lokasi | :NADI Kampung Musa |
Peserta | : Seorang Peserta |
Tujuan
Peserta membuat permohonan borang kahwin secara atas talian melalui website sspim.
Aktiviti
Peserta di ajar untuk mengisi kesemua maklumat peribadi diri, pasangan dan wali bagi permohonan borang kahwin secara atas talian. Setelah lengkap kesemua maklumat barulah borang dapat dihantar dan dicetak bagi urusan selanjutnya seperti melakukan ujian HIV di klinik.