Tarikh | :1 Ogos 2024 (Khamis) |
Masa | :9.00 Pagi - 2.00 Petang |
Lokasi | :NADI Kampung Tanjung |
Peserta | :30 Orang Peserta |
Tujuan
Program ini bertujuan merapatkan hubungan petugas NADI Padang Terap bersama-sama dengan komuniti setempat. Program ini merupakan kerjasama NADI bersama dengan LKPIM Padang Terap dan juga Perpustakaan Desa Padang Nyior.
Aktiviti
Antara aktiviti yang di jalankan ialah program kacau bubur asyura bersama-sama komuniti setempat. Selain itu, diselitkan juga penyampaian tazkirah oleh Ustazah Roshiza, penyampaian sumbangan kepada yang layak dan agihan bubur asyura.
Tarikh | :28 Julai 2024 (Ahad) |
Masa | :10.30 Pagi - 1.00 Petang |
Lokasi | :NADI Kampung Musa |
Peserta | : 8 Orang Peserta |
Tujuan
Program ini merupakan salah satu kursus keusahawan untuk ahli NADI yang berdaftar. Program ini juga merupakan kerjasama NADI Kampung Musa bersama dengan kumpulan Amanah Ikhtiar Blok 2 untuk mengajar mereka cara berniaga secara atas talian.
Aktiviti
Antara aktiviti yang telah di jalankan ialah peserta di ajar mendaftar akaun shopee terlebih dahulu. Setelah itu, mereka di ajar untuk membuka kedai di dalam shopee dan merekajuga diajar oleh rakan digital NADI untuk memuat naik gambar produk bagi menarik minat pelanggan untuk membeli.
Tarikh | :17 Julai 2024 (Rabu) |
Masa | :9.00 Pagi - 1.00 Petang |
Lokasi | :Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Ahmad |
Peserta | : 200 Orang Peserta |
Tujuan
Program Klik Dengan Bijak ini merupakan kerjasama NADI Kluster Padang Terap dengan pengurusan Sekolah Kebangsaan Dato' Syed Ahmad untuk memberikan taklimat tentang penggunaan internet pada masa kini kepada pelajar sekolah.
Aktiviti
Taklimat disampaikan oleh Puan Wan Suriyani Binti Wan Senu selaku wakil NADI Kluster Padang Terap kepada para pelajar. Taklimat bertajuk online grooming telah disampaikan oleh Puan Wan Suriyani pada masa tersebut. Selain daripada itu, turut diselitkan kuiz KDB dan juga aktiviti STEM untuk para pelajar.
Tarikh | :20 Julai 2024 (Sabtu) |
Masa | :4.00 Petang - 6.00 Petang |
Lokasi | :NADI Kampung Musa |
Peserta | : 2 Orang Peserta |
Tujuan
Kelas ini bertujuan memberi tunjuk ajar kepada pelajar Tingkatan 4 untuk mencari bahan bagi menyiapkan kerja kursus Pendidikan Seni Visual mereka. Tajuk yang mereka perlu hasilkan ialah berkenaan arca.
Aktiviti
Peserta membuat carian gambar melalui google berkenaan arca yang mereka akan hasilkan. Gambar yang dicari dimasukkan ke dalam miscrosoft word dan akan dicetak. Selain itu, mereka juga membuat carian info berkenaan arca sebagai pengenalan dan maksud tersirat sesuatu arca itu.
Tarikh | :11 Julai 2024 (Rabu) |
Masa | :10.00 Pagi - 1.00 Petang |
Lokasi | :NADI Kampung Musa |
Peserta | : 15 Orang Peserta |
Tujuan
Kelas ini merupakan salah satu kelas keusahawanan untuk peserta. Peserta diajar menghasilkan lilin dengan menggunakan bahan-bahan tertentu dan lilin tersebut dapat dijual dalam pasaran atas talian.
Aktiviti
Usahawan Aini Dalilah yang merupakan orang kurang upaya telah berjaya membuktikan bahawa kekurangan fizikal bukan ukuran untuk dirinya berjaya dalam bidang perniagaan dan pembuatan. Dia kini mempunyai kepakaran menghasilkan lilin dan kepakaran ini dia telah kongsikan melalui kelas keusahawanan yang di jalankan di NADI Kampung Tanjung. Peserta boleh menghasilkan sendiri nanti dan menjual sebagai sumber pendapatan tambahan.