Tarikh | :09 October 2024 (Rabu) |
Masa | :9.00 Pagi - 1.00 Petang |
Lokasi | :Dewan S.K Kubang Palas |
Peserta | :300 Orang Peserta |
Tujuan
Advokasi Klik Dengan Bijak ini dijalankan oleh Pengurus Kluster Padang Terap kepada pelajar S.K Kubang Palas. Taklimat ini bertujuan memberikan kesedaran kepada pelajar tentang penggunaan internet pada masa kini.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan ialah peserta di pengenalan taklimat tentang kebaikan dan keburukan internet pada masa kini. Banyak kebaikan yang kita boleh dapati dan membantu dalam urusan pelajaran mahupun kehidupan seharian, namun internet mempunyai keburukan juga jika disalah guna. Antaranya boleh melibatkan scam, buli siber, online grooming dan lain-lain.
Tarikh | :03 October 2024 (Khamis) |
Masa | :9.00 Pagi - 11.00 Pagi |
Lokasi | :Dewan S.K Naka |
Peserta | :200 Orang Peserta |
Tujuan
Advokasi Klik Dengan Bijak dijalankan oleh NADI Kluster Padang Terap untuk pelajar S.K Naka.
Aktiviti
Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah taklimat disampaikan oleh Puan Khairunisa Pengurus NADI Felda Lubuk Merbau selaku wakil Kluster Padang Terap. Beliau memberikan taklimat berkenaan buli siber yang semakin berleluasa di luar pada masa kini.
Tarikh | :12 September 2024 (Khamis) |
Masa | :10.00 Pagi - 10.00 Pagi |
Lokasi | :S.K Perik |
Peserta | :100 Orang Peserta |
Tujuan
Pelajar S.K Perik diberikan taklimat mengenai Klik Dengan Bijak oleh Pengurus NADI Lubuk Merbau sebagai wakil Kluster NADI Padang Terap.
Aktiviti
Tajuk taklimat hari ini bertajuk Buli Siber. Buli siber dalam kalangan murid dan rakan-rakan sangat membahayakan kesihatan mental dan fizikal pelajar. Pelajar dinasihatkan tidak menyalahguna internet pada masa kini.
Tarikh | :19 September 2024 (Khamis) |
Masa | :8.30 Pagi - 1.00 Petang |
Lokasi | :Pusat Komuniti Desa Pekan Naka |
Peserta | :10 Orang Peserta |
Tujuan
Program ini merupakan kerjasama NADI Kluster Padang Terap bersama dengan Pusat Komuniti Desa Pekan Naka untuk mengajar peserta program tentang arduino.
Aktiviti
Terlebih dahulu peserta diberi penerangan apa itu arduino dan kegunaanya pada masa kini dalam bidang teknologi. Setelah itu, peserta di ajar secara bersemuka dengan jelas cara menghasilkan arduino.
Tarikh | :6 September 2024 (Jumaat) |
Masa | :4.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | :NADI Kampung Musa |
Peserta | :2 Orang Peserta |
Tujuan
Peserta ingin memasukkan dokumen kerja sekolah mereka ke dalam google drive yang diberikan oleh guru sekolah mereka.
Aktiviti
Mereka di ajar untuk log masuk emel sendiri terlebih dahulu. Setelah itu, mereka perlu memasuki link google drive yang diberikan oleh guru dan perlu muat naik dokumen ke dalam google drive tersebut untuk semakan guru sekolah.