Tarikh :10 Januari 2024 (Rabu)
Masa :5.00 Petang - 6.00 Petang
Lokasi :PEDi Kampung Musa
Peserta :Seorang Peserta

Tujuan

Pengisian Kemasuka Maktab Mahmud dilakukan bagi membuat permohonan untuk mendapatkan penempatan untuk menyambung persekolah ke Tingkatan 1 tahun 2024.

Aktiviti

Peserta di ajar cara mendaftar akaun terlebih dahulu bagi mendapat id untuk log masuk. Setelah berjaya pendaftaran pengguna, peserta boleh terus log masuk dan mengisi kesemua data peribadi dan keputusan peperiksaan ke dalam sistem.

Gambar Disini

Tarikh :08 Januari 2024 (Isnin)
Masa :9.00 Pagi - 12.30 Tengahari
Lokasi :PEDi Seberang Terus
Peserta :20 Peserta

Tujuan

Program ini bertujuan membincangkan tentang aktiviti STEM bersama MCMC Negeri Kedah. Program STEM merupakan salah satu aktiviti yang di jalankan di setiap PEDi untuk para peserta.

Aktiviti

Antara aktiviti yang di jalankan ialah mesyuarat bersama MCMC. PEDi Kluster Padang Terap bersama PEDi Kluster Pendang turut hadir ke kelas Microbit yang diadakan di PEDi Seberang Terus.

Gambar Disini

Tarikh :28 Disember 2023 (Khamis)
Masa :4.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi :PEDi Kampung Musa
Peserta : Seorang Peserta

Tujuan

Kelas ini bertujuan mengajar ahli cara untuknya mengisi borang perkahwinan secara atas talian.

Aktiviti

Peserta di ajar membuat pendaftaran borang kahwin secara atas talian. Borang kahwin ini diisi menggunakan website sspim iaitu web yang dikendalikan oleh pejabat agama Negeri Kedah.

Gambar Disini

Tarikh :04 Januari 2024 (Khamis)
Masa :4.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi :PEDi Belimbing Kanan
Peserta : 10 Pengurus Kluster Padang Terap, 2 Orang Pengurus PKD

Tujuan

Program ini merupakan kerjasama Pejabat Perangkaan Negeri Kedah dengan pihak PEDi Kluster Padang Terap dan Pusat Dalam Komuniti untuk program PADU yang dilancarkan oleh pihak kerajaan.

Aktiviti

Pihak Pejabat Perangkaan hadir memberikan taklimat tatacara untuk pembukaan kaunter fizikal di PEDi terpilih untuk pengurusan PADU. Pihak Perangkaan telah memilih PEDi Belimbing Kanan sebagai platform untuk membuka kaunter fizikal bagi membantu komuniti untuk pengisian data melalui aplikasi PADU. Pihak Perangkaan Negeri juga menyerahkan buku log kepada PEDi Belimbing Kanan untuk urusan data PADU.

Gambar Disini

Tarikh :18 Disember 2023 (Isnin)
Masa :11.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi :PEDi Kampung Musa
Peserta : Seorang Peserta

Tujuan

Kelas ini bertujuan memberi tunjuk ajar kepada peserta cara membuat surat rasmi untuk tujuan permohonan bantuan.

Aktiviti

Terlebih dahulu peserta di ajar untuk membuat surat rasmi dengan menggunakan format yang sebetulnya. Surat ini merupakan surat permohonan bantuan baik pulih rumah yang akan di hantar ke pegawai kerajaan. 

Gambar Disini