Tarikh :17 Julai 2023 (Isnin)
Masa :9.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi :Zoom Meeting
Peserta : 320 Orang Peserta 

Tujuan

Taklimat ini di jalankan oleh pihak MCMC untuk memperkenalkan sistem baharu yang akan digunakan oleh kesemua PEDi bagi pengisian data.

Aktiviti

Peserta boleh terdiri daripada Pengurus ataupun Penolong Pengurus bagi menjadi wakil kepada setiap PEDi. Peserta perlu mendaftarkan diri terlebih dahulu dan akan mendapat link untuk mengikuti kursus ini. Kursus ini mengajar tentang website baru yang akan digunakan oleh petugas bagi mengisi data berkaitan program PEDi yang dijalankan. Kesemua data program akan di isi di dalam dahsboard PEDi ini.

Gambar Disini

Tarikh :9 Julai 2023 (Ahad)
Masa :11.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi :PEDi Kampung Musa
Peserta : 2 Orang Peserta 

Tujuan

Pengisian pendaftaran kahwin dilakukan secara atas talian dengan menggunakan website sspim bagi memudahkan urusan kahwin.

Aktiviti

Peserta di ajar mendaftarkan permohonan kahwin secara atas talian. Memandangkan kedua-dua pihak lelaki dan perempuan adalah dari negeri yang sama mereka hanya perlu mengisi sekali sahaja permohonan. Kesemua data peribadi dan juga maklumat wali diisi di dalam sistem berkenaan.

Gambar Disini

 

Tarikh :22 June 2023 (Khamis)
Masa :10.00 Pagi - 1.00 Petang
Lokasi :PEDi Belimbing Kanan
Peserta : 25 Orang Peserta 

 

Tujuan

Skim Perlindungan Perkeso ini di jalankan dengan kerjasama pihak PERKESO bersama dengan PEDi Kluster Padang Terap. Program ini bertujuan mengajar peserta untuk memohon pekerjaan menggunakan aplikasi MyFuture Job.

Aktiviti

Peserta di ajar mendaftarkan akaun untuk memohon pekerjaan di dalam website MyFuture Job. Peserta juga di terangkan tentang manfaat yang disediakan oleh pihak PERKESO sekiranya seorang pekerja mengalami kecederaan ketika bertugas. Pelbagai input diterangkan oleh pihak PERKESO. Peserta juga di ajar untuk persiapan diri bagi menghadiri temuduga perkerjaan dan membuat resume pekerjaan .

Gambar Disini

Tarikh :1 Julai 2023 (Sabtu)
Masa :3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi :PEDi Kampung Musa
Peserta : 2 Orang Peserta 

Tujuan

Kelas ini bertujuan memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk memohon Rumah Mesra Rakyat secara atas talian.

Aktiviti

Terlebih dahulu peserta di ajar mendaftar akaun pengguna untuk mendapatkan kata laluan bagi tujuan log masuk yang telah di hantar ke emel setelah pendaftaran akaun berjaya. Setelah itu, mereka di ajar mengisi kesemua maklumat peribadi diri, pasangan, pemilik tanah dan juga maklumat tanah sehingga berjaya menghantar borang permohonan itu.

Gambar Disini

Tarikh :10 June 2023 (Sabtu)
Masa :8.00 Pagi - 4.00 Petang
Lokasi :Taman Rekreasi Bandar Perdana
Peserta : 35 Orang Peserta 

Tujuan

Program ini merupakan kerjasama MCMC dan juga parlimen Bahagian Sungai Petani bagi menjalankan popgram bersama komuniti.

Aktiviti

Antara aktiviti yang di jalankan sepanjang program berlangsung ialah pihak PEDi Kluster Padang Terap membuka booth dan bermain kuiz ICT. Selain itu, Taklimat Klik Dengan Bijak, Kahoot ICT, dan pameran juga dijalankan.

Gambar Disini