Tarikh :06 June 2023 (Selasa)
Masa :10.00 Pagi - 1.00 Petang
Lokasi :PEDi Belimbing Kanan
Peserta : 15 Orang Peserta 

Tujuan

Program ini bertujuan memberikan kemahiran serta kursus keusahawanan kepada komuniti yang mengikuti program.

Aktiviti

Peserta di ajar menghasilkan kordial dengan menggunakan bahan nanas dan mangga. Kordial ini boleh dikomersialkan untuk di jual melalui plaform online atau secara terus. Kordial ini memudahkan urusan kerana tidak perlu menambah perisa tambahan lain serta gula untuk membuat bancuhan minuman.

Gambar Disini

Tarikh :02 June 2023 (Jumaat)
Masa :3.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi :PEDi Kg Tanjung
Peserta : 10 Orang Peserta 

Tujuan

Kelas ini bertujuan memberi kursus keusahawanan secara langsung kepada peserta untuk menjana pendapatan melalui penjualan kuih secara atas talian.

Aktiviti

Peserta di ajar menghasilakan kuih berupa pulut udang yang boleh di jual secara frozen ataupun secara terus samada melalui facebook atau gerai jualan. Tutorial pembuatan juga melalui youtube untuk memberi kemahiran cara membalut pulut udang dengan kemas dan cantik.

Gambar Disini

Tarikh :17 Mei 2023 (Isnin)
Masa :2.30 Petang - 5.30 Petang
Lokasi :PEDi Kampung Musa
Peserta : Seorang Peserta 

Tujuan

Peserta mempelajari teknik memasukkan Myresume ke dalam sistem SPA9 untuk urusan temuduga perjawatan AADK.

Aktiviti

Peserta di ajar cara menghasilkan file melalui jpeg bagi urusan muat naik dokumen ke dalam sistem SPA9 terlebih dahulu. Kesemua sijil akademik perlu dimasukkan ke dalam sistem tersebut.

Gambar Disini

Tarikh :01 June 2023 (Khamis)
Masa :9.00 Pagi - 4.00 Petang
Lokasi :PEDi Felda Lubuk Merbau
Peserta : 40 Orang Peserta 

Tujuan

Kem Kami Anak Soleh diadakan bertujuan memberi pendedahan dan ilmu kepada kanak-kanak cara mempelajari solat dengan betul dan tepat. Di samping itu, diselitkan juga aktiviti ICT iaitu puzzle online, typing fast, dan juga kemahiran membuat pembentangan di dalam kumpulan.

Aktiviti

Pada awalnya kanak-kanak yang menyertai program di agihkan mengikut kumpulan yang terdiri daripada 5 kumpulan. Kemudian mereka diberi tugasan untuk mencipta nama kumpulan berserta logo dan perlu dibentangkan. Setelah itu, mereka di ajar bermain puzzle online dan juga typing fast. Cara solat dan mengambil wudhuk di ajar oleh Ustaz yang bertauliah dan mereka juga melakukan praktikal solat yang betul. Akhir sekali, diselitkan juga aktiviti Chef Cilik untuk membuat deco cake.

Gambar Disini

Tarikh :15 Mei 2023 (Isnin)
Masa :2.00 Petang - 3.00 Petang
Lokasi :PEDi Kampung Musa
Peserta : Seorang Peserta 

Tujuan

Peserta menghadiri peperiksaan UKCG sebagai salah satu langkah untuk melayakkan diri menjadi guru.

Aktiviti

Peserta menjawab soalan peperiksaan psikometrik secara atas talian. Soalan yang dikemukakan adalah sebanyak 160 soalan secara objektif. Soalan harus dijawab dalam masa 45 minit.

Gambar Disini