Tarikh :09 March 2023 (Khamis)
Masa :10.00 Pagi - 11.00 Pagi
Lokasi :Pusat Ekonomi Digital Kampung Musa
Peserta : Seorang Peserta

Tujuan

Seorang ahli membuat minit mesyuarat untuk kegunaan mesyuarat cawangan.

Aktiviti

Peserta menggunakan microsoft word untuk membuat minit mesyuarat untuk di gunakan semasa mesyuarat cawangan yang akan di jalankan. Dia di ajar menggunakan table untuk membuat senarai nama bagi memudahkan urusannya.

Gambar Disini

Tarikh :02 March 2023 (Khamis)
Masa :9.00 Pagi - 4.00 Petang
Lokasi :Pusat Ekonomi Digital Felda Lubuk Merbau
Peserta : 30 Orang Peserta

Tujuan

Bengkel Kem Cuti Sekolah ini dianjurkan untuk mengisi masa lapang kanak-kanak yang sedang cuti sekolah dengan perkara-perkara yang bermanfaat.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan ialah permainan ICT, mencanting batik dan juga chef cilik. Peserta diagihkan di dalam kumpulan dan menjalankan kesemua aktiviti yang telah dinyatakan tersebut.

Gambar Disini

Tarikh :13 Februari 2023 (Isnin)
Masa :8.00 Pagi - 10.00 Pagi
Lokasi :Dewan Asrama Sek.Men.Keb.Padang Terap
Peserta : 200 Orang Peserta

Tujuan

Program ini merupakan kerjasama pihak asrama SMK Padang Terap bersama-sama dengan PEDi Kluster Padang Terap dan juga Perpustakaan Desa Kg Padang Nyior, Perpustakaan Desa Kg Barokhas dan juga Perpustakaan Desa Kg Perik. Program ini dijalankan untuk memberikan pendedahan dan aktiviti yang menarik kepada pelajar asrama yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 dan juga Tingkatan2.

Aktiviti

Perpustakaan Desa telah menjalankan aktiviti seperti kuiz Israk dan Mikraj, kuiz bahasa dan juga teka silang kata bahasa. PEDi Kluster Padang Terap pula membuat aktiviti kuiz ICT, Word Search, Taklimat Klik Dengan Bijak dan juga kuiz KDB secara spontan.

Gambar Disini

Tarikh :24 Februari 2023 (Jumaat)
Masa :10.00 Pagi - 11.00 Pagi
Lokasi :Pusat Ekonomi Digital Kampung Musa
Peserta : Seorang Peserta

Tujuan

Kelas ini bertujuan mengajar ahli untuk menggunakan microsoft powerpoint bagi menghasilkan slide powerpoint.

Aktiviti

Peserta di ajar membuka aplikasi powerpoint pada komputer terlebih dahulu. Kemudian, peserta harus menaip nota di dalam kotak powerpoint yang akhirnya boleh dicetak dalam bentuk slide ringkas.

Gambar Disini

Tarikh :09 Februari 2023 (Khamis)
Masa :10.00 Pagi - 1.00 Petang
Lokasi :PEDi Felda Lubuk Merbau
Peserta : 30 Orang Peserta

Tujuan

Program ini merupakan lawatan kanak-kanak Tabika Lubuk Merbau ke PEDi Felda Lubuk Merbau untuk melihat dan belajar mengenai ICT.

Aktiviti

Pelajar di ajar mengenal komponen komputer terlebih dahulu. Kemudian, mereka di ajar membuat kuiz puzzle online bagi membiasakan diri untuk menggunakan komputer. Mereka juga di beri tontonan Upin dan Ipin menggunakan youtube. Selain itu, turut diselitkan aktiviti mewarna untuk kanak-kanak tersebut.

Gambar Disini