Tarikh | : 26 Ogos 2018 (Ahad) |
Masa | : 12.00 Tengahari - 5.00 Petang |
Lokasi | : Perkarangan Hadapan Taman Saujana Kuala Nerang |
Peserta | : 80 peserta |
Tujuan
Program ini merupakan kerjasama Pusat Internet Kluster Padang Terap bersama Komuniti Setempat, Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Kuala Nerang, Perpustakaan Desa Zon 9, dan Persatuan Belia MAYC Daerah Padang Terap bagi meraikan anak-anak yatim yang terdiri daripada tiga buah rumah anak yatim sekitar Kuala Nerang.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan ialah majlis bacaan yasin dan tahlil beramai-ramai, jamuan makan, acara potong kek bersama-sama anak yatim, sukaneka dan majlis penyampaian hadiah.
Tarikh | : 15 Ogos 2018 (Selasa) |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Sekolah Kebangsaan Datin Fatimah |
Peserta | : 100 peserta |
Tujuan
Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan berkenaan cara menggunakan internet dengan baik dan selamat
Aktiviti
Antara aktiviti yang di jalankan ialah taklimat KDB oleh Pusat Internet. Kemudian peserta akan diberikan kuiz secara spontan dan pemenang akan mendapat hadiah. Selain itu diselitkan juga video berkenaan semangat patriotik dan kuiz spontan diberikan kepada pelajar.
Tarikh | : 06 Ogos 2018 (Isnin) |
Masa | : 10.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lubok Merbau |
Peserta | : 14 peserta |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan mengajar golongan wanita di sekitar Pusat Internet Felda Lubok Merbau bagi mempelajari cara masakan untuk menghasilkan durian crepe.
Aktiviti
Peserta diajar tutorial menghasilkan durian crepe. Selain itu, mereka turut diberi pendedahan supaya mereka dapat menjana pendapatan tambahan setelah mahir membuat produk ini. Dengan adanya ilmu ini peserta boleh menjana pendapatan kerana mereka boleh menjual produk mereka kepada pelanggan terutamanya secara atas talian yang tidak memerlukan modal berupa kedai untuk individu yang berminat dalam perniagaan.
Tarikh | : 09 Ogos 2018 (Khamis) |
Masa | : 2.30 petang - 5.30 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Belimbing Kanan |
Peserta | : 8 orang pengurus |
Tujuan
Mesyuarat ini bertujuan membincangkan perjalanan program kluster yang bakal dijalankan pada bulan Ogos ini.
Aktiviti
Antara intipati perbincangan mesyuarat kali ini berkenaan program bersama rumah anak-anak yatim yang terplilih. Selain itu, perbincangan mengenai program advokasi yang bakal di buat di SK Datin Fatimah dan PLKN Dusun Resort.
Tarikh | : 02 Ogos 2018 (Khamis) |
Masa | : 10.00 pagi - 5.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Seberang Terus |
Peserta | : 14 peserta |
Tujuan
Kelas ini bertujuan mengajar peserta untuk mengetahui dengan lebih mendalam cara untuk berniaga secara atas talian
Aktiviti
Selain daripada taklimat melalui pembentangan peserta akan di ajar secara pratikal menghasilkan "facebook pages" dengan menggunakan kesemua aplikasi "facebook ads". Selain itu, pelbagai cara diajar kepada peserta supaya dapat menghasilkan promosi dan iklan yang terbaik dan mampu menarik minat pembeli untuk membeli setelah melihat iklan produk ushawan berkenaan.