Tarikh : 03 June 2018 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang - 9.00 malam
Lokasi : Pasaraya Mydin Cawangan Alor Setar & Hotel Sentosa Regency Alor Setar
Peserta : 100 orang 

Tujuan

Program ini bertujuan memberi sumbangan raya kepada anak-anak yatim yang terpilih di sekitar Padang Terap.

Aktivti 

Pihak MSD dengan kerjasama Pusat Internet membawa 50 orang anak yatim ke pasaraya Mydin cawangan Alor Setar bagi memberi mereka peluang mencari kelengkapan hari raya yang bakal menjelang. Setelah selesai membeli kelengkapan raya mereka di bawa ke hotel Sentosa Regency Alor Setar bagi majlis berbuka puasa beramai-ramai beserta penyerahan bantuan barangan dapur kepada penjaga rumah anak yatim serta pemberian duit raya kepada semua anak yatim.

Gambar Disini

 

Tarikh : 24 Mei 2018 (Khamis)
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pasaraya Mydin Cawangan Alor Setar
Peserta : 8 orang

Tujuan

Perjumpaan ini bertujuan untuk menyerahkan surat memohon sumbangan bagi membawa anak-anak yatim untuk program CSR ke pasaraya Mydin bagi membeli baju raya. Selain itu, turut diselitkan agenda yang akan dijalankan pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim

Aktiviti

Pihak Pusat Internet berjumpa dengan pihak pengurusan Mydin untuk perbincangan mengenai program CSR anak yatim yang akan dibawa ke sana untuk membeli baju raya. Seain itu, pihak pusat internet juga dibawa melihat barangan keperluan hari raya yang terdapat di Mydin bagi memudahkan anak yatim untuk memilih pakaian yang mereka sukai.

Gambar Disini

Tarikh : 14 Mei 2018 (Isnin)
Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : MSD Region Utara, Pendang
Peserta : 5 orang

Tujuan

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan mengenai program Kluster Padang Terap yang bakal dijalankan pada bulan puasa nanti. 

Aktiviti

Membincangkan mengenai perjalanan program bersama-sama anak yatim Kg Perik. Di samping itu, perbincangan turut diselitkan tentang program penyerahan kerusi roda kepada yang telah terpilih.

Gambar Disini

Tarikh : 20 Mei 2018 (Ahad)
Masa : 2.30 petang - 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Musa
Peserta : 5 orang

Tujuan

Kelas ini bertujuan mengajar kepada ahli yang terdiri daripada murid sekolah untuk mencari bahan kerja kursus mereka menggunakan internet. Kemudian kesemua bahan tersebut akan di ajar untuk copy dan diletakkan di bahagian miccrosoft word.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dilakukan ialah pelajar ini akan diajaq terlebih dahulu menggunakan google chrome untuk mencari bahan kerja kursus mereka yang bersesuaian dengan tajuk yang mereka perlu hasilkannya. Setelah mereka memperoleh maklumat dari internet mereka akan dia ajar satu persatu cara untuk copy paste bahan tersebut supaya memudahkan mereka apabila mencetak bahan berkenaan.

Gambar Disini

Tarikh : 13 Mei 2018 (Ahad)
Masa : 3.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : Bengkel My Komuniti Sempena Hari Ibu
Peserta : 4 orang peserta

Tujuan

Bengkel ini bertujuan memperkenalkan aplikasi dashbaord komuniti kepada ahli baru Pusat Internet 1Malaysia Kg Musa. 

Aktiviti

Mengajar ahli mengenali setiap kegunaan aplikasi di dalam dashboard. Mereka juga diajar cara menghantar pesanan melalui My Komuniti bagi memberi ucapan Hari Ibu.

Gambar Disini