Tarikh | : 26 Julai 2018 (Khamis) |
Masa | : 9.30 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kampung Musa |
Peserta | : 10 peserta dan seorang pengajar |
Tujuan
Bengkel ini merupakan kerjasama Pusat Internet Kg Musa bersama dengan Mini RTC Keda Bukit Kura untuk memberi kursus pengenalan photoshop kepada komuniti belia yang berminat
Aktiviti
Seorang pengajar daripada Permula Media Kreatif dijemput untuk mengajar peserta program untuk mempelajari adobe photoshop. Antara aktiviti yang dibuat ialah Encik Farizuwan mengajar kepada peserta supaya lebih mahir menggunakan aplikasi adobe photoshop dalam menghasilkan iklan produk yang menarik. Selain tunujuk ajar, tutorial juga dilakukan bersama-sama dengannya supaya ilmu yang disampaikan lebih mudah difahami oleh peserta.
Tarikh | : 19 Julai 2018 (Khamis) |
Masa | : 10.00 pagi - 2.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Belimbing Kanan |
Peserta | : 9 pengurus Pusat Internet 2 Wakil MSD Region |
Tujuan
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan tentang pemberian bantuan kerusi roda kepada komuniti yang dipilih oleh pihak kluster Padang Terap.
Aktiviti
Agenda mesyuarat adalah bagi memastikan pemberian bantuan kerusi roda sememangnya di beri kepada individu yang layak dan kurang upaya berjalan. Hal ini bagi membantu meringakan beban pihak keluarga yang lain. Tiga orang telah dipilih untuk menerima bantuan ini.
Tarikh | : 2 Julai 2018 (Isnin) |
Masa | : 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Musa |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan mengajar subjek Sains ahli yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah supaya dapat memberi ilmu tambahan kepada mereka selain hanya belajar di sekolah sahaja.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dibuat adalah mereka diberi beberapa soalan dan merekan dikehendaki menjawabnya. Petugas sksn membuat semakan kemudiannya di samping perbincangan dengan pelajar ini.
Tarikh | : 12 Julai 2018 (Khamis) |
Masa | : 9.00 pagi - 5.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Tanjung |
Peserta | : 25 orang peserta seorang pengajar dari Mdec |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan mengajar usahawan yang baru berjinakkan diri di dalam sebarang bentuk perniagaan. Mereka akan diajar menggunakan internet bagi mempromosikan produk yang dihasilkan oleh mereka.
Aktiviti
Peserta diajar untuk menghasilkan Facebook terlebih dahulu. Kemudian mereka diajar untuk membuat Facebook Pages serta instagram. Selain itu, dalam media sosial copy wrting sangat penting bagi menarik minat pelanggan untuk membeli barang jualan. Justeru, di dalam bengkel ini cara penulisan yang mampu menarik minat pelanggan turut diajar secara keseluruhannya.
Tarikh | : 30 June 2018 (Jumaat) |
Masa | : 11.00 pagi - 12.30 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Belimbing Kanan |
Peserta | : 8 orang pengurus dan seorang Region Manager |
Tujuan
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan perjalanan program kluster Padang Terap pada masa terkini.
Aktiviti
Antara intipati yang dibincangkan di dalam mesyuarat ini adalah berkaitan program-program terbaru yang bakal diadakan. Selain itu, program yang bakal dijalankan juga banyak melibatkan usahawan-usahawan baru yang ada di sekitar Padang Terap.