Tarikh | : 24 June 2018 (Ahad) |
Masa | : 3.30 petang - 5.30 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Musa |
Peserta | : 3 orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan mengajar ahli yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah untuk mencari jurnal yang ilmiah bagi membantu menambahkan ilmu pengetahuan mereka. Jurnal yang di perolehi juga akan digunakan untuk menyiapkan kerja kursus mereka.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan ialah mereka akan diajar menggunakan internet untuk mendapatkan jurnal yang bersesuaian. Kesemua jurnal akan disimpan kemudian dicetak. Selain membaca jurnal itu juga memberi idea tambahan kepada mereka untuk menulis karangan dan menyiapkan kerja kursus mereka.
Tarikh | : 22 June 2018 (Jumaat) |
Masa | : 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Musa |
Peserta | : 6 orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan mengajar ahli yang terdiri daripada pelajar sekolah untuk mengenali aplikasi powerpoint. Ini bagi memudahkan mereka untuk pada masa akan datang bagi menghasilkan powerpoint yang menarik untuk kerja kursus mereka.
Aktiviti
Peserta diminta untuk menghasilkan powerpoint menarik yang bertemakan dashboard komuniti.
Tarikh | : 07 June 2018 (Khamis) |
Masa | : 11.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Bukit Tembaga |
Peserta | : 50 orang |
Tujuan
Program ini bertujuan menjayakan kempen 1 jam bersama Al Quran pada 22 Rmadhan 1439H . Program ini dijalankan secara serentak seluruh dunia bermula jam 11 pagi.
Aktiviti
Pengisian program di Pusat Internet adalah seperti membaca AlQuran, tafsir dan tadabbur Al Quran. Selain itu,Pusat Internet turut menyediakan bubur lambuk untuk diberikan kepada peserta yang hadir memerihakan majlis.
Tarikh | : 13 June 2018 (Rabu) |
Masa | : 9.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lubuk Merbau |
Peserta | : 6 orang |
Tujuan
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta supaya memperoleh kemahiran dalam menghasilkan biskut raya terkini. Dengan ini, secara tidak langsung jika mereka telah mahir mereka boleh menghasilkan sendiri biskut raya untuk dijual pada masa akan datang.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan ialah penerangan cara untuk menyukat bahan yang diperlukan bagi menghasilkan biskut raya yang sedap. Selain itu, aktiviti membuat biskut raya yang menarik dijalankan.
Tarikh | : 05 June 2018 (Selasa) |
Masa | : 10.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Napoh |
Peserta | : 14 orang |
Tujuan
Mesyuarat diadakan bertujuan membincangkan mengenai hala tuju penubuhan koperasi dan produk yang bakal dia hasilkan di bawah koperasi ini.
Aktiviti
Membincangkan produk yang bersesuaian yang boleh dihasilkan dengan menggunakan modal pinjaman koperasi. Turut diselitkan perbincangan mengenai jumlah bayaran yang akan dikenakan ke atas sesiapa yang berminat untuk mendaftar sebagai ahli koperasi.