Nama : Afiqah Binti Ahmad Mustaffa

 

Umur : 28 Tahun

 

Ahli : 2017

Latar belakang

Cik Afiqah merupakan seorang graduan IPTA yang tinggal di kawasan kampung setelah tamat pengajian. Dia memilih untuk berniaga sendiri memandangkan permohonan kerja yang sukar diperolehi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Setelah tamat pengajian dia cuba untuk memohon pekerjaan yang bersesuaian dengan sijil yang dimilikinya, namun pasaran kerja pada masa kini sangat terhad dan ramai graduan masih menganggur begitu juga dengan dirinya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tetapi, Cik Afiqah tidak berputus asa begitu saja, dia mula menjinakkan diri dalam perniagaan atas talian yang ternyata dapat menjana pendapatan untuk dirinya. Malahan, dia tidak terikat dengan masa dan bebas membahagikan masanya dengan bijak untuk kehidupan seharian dan perniagaannya.Setiap hari dia akan menfokuskan untuk mengiklankan produknya dalam facebook terutamanya. Antara produk yang dijual olehnya seperti kosmetik Ufora.

Nama : Nur Irfan Husna Binti Mohd Nazir

 

Umur : 18 Tahun

 

Ahli : 2017

Latar belakang

Irfan Husna merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang selalu datang ke PEDi untuk menggunakan servis yang disediakan di PEDi terutamanya PEDi Kg Musa.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum menjadi ahli PEDi Irfan Husna selalu berkunjung ke cybercafé untuk membuat kerja kerja sekolahnya bersama rakan-rakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Namun, setelah dia mengenali PEDi Kg Musa dia mula berkunjung ke sini. Bukan sahaja melayari internet dan membuat kerja sekolah Irfan Husna juga telah mendaftar sebagai ahli PEDi dan mengikuti kursus-kursus yang di sediakan di PEDi. Antara kelas yang telah dia melibatkan diri seperti kelas Office, postermywall dan lain-lain.

Nama : Mohamad Fadzin Bin Hussin

 

Umur : 64 Tahun

 

Ahli : 2018

Latar Belakang

En. Mohamad Fadzin adalah seorang pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Di dalam TLDM beliau adalah seorang tukang masak atas kapal.

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas bersara beliau berkhidmat bersama Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagai jurulatih fizikal. Memasak sudah sebati dalam dirinya kerana di mana-mana beliau berada tugasan memasak akan diserahkan kepadanya. Tamatnya program PLKN, beliau memulakan bisnes katering secara kecil-kecilan dengan dibantu oleh ahli keluarganya sendiri.

Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Menjadi ahli Pusat Internet pada tahun 2017. Isteri Encik Mohamad Fadzin datang ke Pusat Internet untuk membuat kertas kerja mendapatkan bantuan peralatan daripada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda). Bantuan kepada usahawan kecil yang berjumlah Rm 8,000.00 yang diberi di dalam bentuk peralatan. Kertas kerja yang dibuat dengan dibantu oleh petugas berjaya dilaksanakan dan bantuan daripada Keda telah berjaya diluluskan dan peralatan barangan katering sudah didapati. 

Nama : Nur Ain Binti Yusof

 

Umur : 34 Tahun

 

Ahli : 2019

Latar Belakang

Puan Ain merupakan seorang graduan IPTA dan merupakan suri rumah tangga yang menjaga anak seramai 3 orang. Dia tidak bekerja kerana mengurus rumah tangga, namun itu bukan sebab untuk menghalangnya bagi menjana pendapatan sendiri walau hanya berada di rumah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dia menceburi bidang ini bermula tahun 2017, sebelum itu dia hanya seorang suri rumah sepenuh masa dan hanya berfokus menjaga keluarga sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Ain menjadikan facebook sebagai platform utamanya dalam menjalankan perniagaan. Dia akan memuat naik iklan barang yang diniagakan di dalam facebook dan whatsapp status setiap hari. Antara barang yang mendapat permintaan tinggi dari golongan wanita muslimah ialah stoking nanamikail. Stoking ini bukan sahaja menutup aurat tetap dihasilkan dengan kain yang berkualiti, tidak panas dan corak yang dipelbagaikan. Ianya mampu menarik minat org ramai untuk memilikinya dan harganya juga berpatutan.

Nama : Aqilah Binti Azmi

 

Umur : 25 Tahun

 

Ahli : 2018

Latar Belakang

Puan Aqilah merupakan seorang ushawan yang Berjaya pada masa kini. Walaupun bergelar seorang isteri dan ibu, namun dia mampu menjana pendapatan yang lumayan dengan perniagaan yang dijalankannya itu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dia menceburi bidang ini bermula tahun 2018, sebelum itu dia hanya seorang suri rumah sepenuh masa dan hanya berfokus menjaga keluarga sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Aqilah bukan sahaja mempunyai premis dalam menjalankan perniagaan itu, tetapi dia juga berjaya melahirkan dropship yang baru menceburi perniagaan tanpa mengeluarkan modal dari mereka. Tugas mereka hanya perlu membuat promosi melalui atas talian. Setelah menerima pesanan dropship boleh mengambil stok pesanan trus darinya.Ini menunjukkan perniagaan atas talian secara tidak langsung juga mampu menjana pendapatan yang banyak kepadanya.

 

Sub-kategori