Nama : Muhammad Khairul Najmi Bin Rosli

 

Umur : 18 Tahun

 

Ahli : 2016

Latar Belakang

Najmi merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang selalu datang ke PEDi untuk menggunakan servis yang disediakan di PEDi terutamanya PEDi Kg Musa.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum menjadi ahli PEDi Khairul Najmi hanya focus belajar menggunakan buku sahaja. Hal ini kerana, kekangan yang dihadapi iaitu cybercafé yang ada jauh di tengah bandar bukan dalam kawasan pedalaman.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Tetapi, setelah adanya penubuhan PEDi Kg Musa yang berdekatan dengan rumahnya, dia kerap datang PEDi mempelajari ICT di samping membuat kerja-kerja yang memerlukannya menggunakan komputer. Walaupun sudah beumur 18 tahun, Najmi tetap datang ke PEDi untuk mencari kerja melalui atas talian. Malahan, petugas juga banyak memberi tunjuk ajar kepadanya cara mencari kerja dan membuat resume yang baik.

Nama : Afifuddin Bin Wahab

 

Umur : 25 Tahun

 

Ahli : 2018

Latar belakang

En.Afifudin seorang kerani di sebuah syarikat pembinaan. Minatnya terhadap pertanian membolehkan beliau berhenti kerja dan mengusahakan bidang pertanian. Beliau seorang yang rajin berusaha dan tidak cepat mengalah.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Beliau sering menghadiri kursus dan bengkel yang dijalankan oleh mana-mana individu terhadap bidang pertanian. Kesemua bentuk perniagaan beliau terokai untuk mendapat pengalaman. Tahun 2017 En.Afifudin dan rakan-rakannya membuka sebuah syarikat dan mengusahakan tanaman Cili Fertigasi. Produknya hanya dijual sekitar kampung dan juga secara borong kepada pengusaha-pengusaha kedai sekitar Pedu ini. Pendapatan yang diperoleh adalah sekitar Rm 10000.00 hingga Rm 20000.00. Beliau ke Pusat Internet hanyalah untuk menggunakan perkhidmatan mencetak dan fotokopi.

Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Setelah beliau mengetahui tentang perkhidmatan dan aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Internet, beliau sering menggunakan Pusat Internet untuk melayari internet dan mencari bahan untuk tanaman cili beliau. Beliau mengetahui cara-cara pemasaran atas talian dan menjual produknya di dalam Facebook. Beliau juga menggunakan Adobe Photoshop di Pusat Internet untuk mengedit poster produknya. Kini pendapatan beliau bertambah dari rm 20000.00 ke Rm 50000.00 hingga Rm 60000.00 dengan adanya promosi di media sosial. Beliau dan rakan-rakannya juga telah menambah bilangan produk dengan tanaman jagung. Kini, beliau juga menjual baja organik dan mengadakan kursus tanaman cili fertigasi kepada usahawan baru yang hendak memulakan tanaman ini. Keputusan beliau dan rakan untuk berhenti kerja dan mengusakan bidang pertanian adalah satu tindakan yang bijak dan wajar dicontohi oleh belia lain.

Nama : Ismail Bin Ibrahim

 

Umur : 62 Tahun

 

Ahli : 2016

Latar belakang

Saya menjadi ahli PI Kg Musa pada usia 59 tahun. Saya pada dasarnya tidak mengetahui tujuan penubuhan Pusat Internet. Saya merasakan ianya hanya sebuah tempat untuk golongan muda menggunakan internet. Namun, pada suatu hari ada petugas Pusat Internet  Kluster Padang Terap datang ke rumah saya dan ingin mempromosikan produk saya ini menggunakan internet sebagai platform.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum adanya penubuhan PI saya hanya melakukan perniagaan melalui proses pemasaran secara sendiri dan dihantar ke pasar pagi kepada peniaga yang meniaga. Jualan saya juga hanya berfokus kepada kedai runcit sekitar yang berdekatan sahaja.Seandainya ada pelanggan yang ingin membeli produk saya mereka perlu datang terus ke rumah saya bagi mengambil stok jika secara kebetulan saya telah membuat kutipan cendawan di pagi itu sebelum di hantar ke pasar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas adanya penubuhan PI1 di Kg Musa banyak manfaat yang saya perolehi. Misalnya, jika dahulu saya tidak mengenali langsung tentang media sosial. Kini, saya sudah mempunyai “facebook pages” sendiri dengan bantuan petugas PI yang membuka akaun tersebut. Kesemua iklan produk saya kini saya muat naik didalam “facebook pages” tersebut. Di samping itu, jika dahulu saya hanya berfokus kepada jualan sendiri sahaja kini saya meniaga melalui dashboard “my shop” kerana nugget saya telah diiklankan didalam aplikasi tersebut. Masa dan tempahan lebih cepat dan effisien. PI juga membantu saya dengan membuat video saya menghasilkan cendawan ini untuk promosi di dalam agro pertanian dan “pagesmenarik.di.com”.

Nama : Nur Aishah Binti Majid

 

Umur : 32 Tahun

 

Ahli : 2017

Latar belakang

 Puan Aishah merupakan seorang kerani di syarikat swasta dan merupakan ibu kepada dua orang cahaya mata.

 Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

 Sebelum Puan Aishah melibatkan diri dalam bidang ICT ini dia hanya berfokus kepada kerja sebagai kerani sahaja. Namun, melihat kepada keadaan ekonomi sekarang yang memerlukan dia bijak mencari peluang untuk menjana pendapatan tambahan, dia mula menceburi bidag perniagaan secara atas talian.

 Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Kini, Puan Aishah bukan sahaja menjual melalui atas talian sahaja, malahan dia sudah mampu menyewa tapak di dalam pasar menjual pelbagai jenis pakaian kanak-kanak. Dia juga tetap terus menjual dalam talian kerana masih mendapat sambutan.

Nama : Farihah Bt Alias

 

Umur : 29 Tahun

 

Ahli : 2018

Latar belakang

Puan Farihah merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa yang mempunyai dua orang cahaya mata. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum mahir dalam alam ICT dia hanya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Namun, kini dia melihat walaupun suri rumah namun banyak wanita di luar sana tetap dapat menjana pendapatan meraka sendiri tanpa mengharapkan sumber kewangan suami sepenuhnya Dia mula menceburi bidang perniagaan dengan menjual baju, tas tangan, kasut dan pelbagai barangan lain di dalam facebook, instagram dan whattsapps. Selain itu, dia juga aktif menjadi dropsip barangan kemas dan produk kecantikan.

Sub-kategori