Nama : Nurul Syafiqah Binti Rosli

 

Umur : 25 Tahun

 

Ahli : 2018

Latar belakang

Cik Shafiqah merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Permulaan beliau menceburkan diri di dalam bisnes online adalah untuk mengisi masa lapang selepas tamat belajar STPM 2019. Bisnes online yang diperkenalkan oleh kawan baiknya sendiri iaitu Saudari Izzah Zamri. Menggunakan line internet sendiri yang memerlukan belanja yang sangat tinggi kerana di rumahnya tidak mendapat capaian internet yang baik.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Cik Shafiqah telah menjadi ahli dari tahun 2016 lagi. Sebelum ini datang ke PEDi  untuk menggunakan perkhidmatan seperti pc, cetak, potostat dan lain-lain. Sekarang, Cik Shafiqah datang ke PEDi menggunakan perkhidmatan wifi untuk memuat naik produknya di laman sosial Instagram dan whatsapp. Beliau menggunakan pusat internet juga untuk mengikuti kelas online pengajiannya. Perkhidmatan wifi yang disediakan di pusat internet memudahkan beliau untuk menjual serta mengiklankan produk jualannya.

 

Nama : Siti Nur Liana Binti Awang

 

Umur : 18 Tahun

 

Ahli : 2016

Latar belakang

Siti Nur Liana adalah seorang pelajar Tingkatan 6 bawah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Ahmad.  Beliau mula menjual baju-baju viral secara kecil-kecilan pada usianya 17 tahun.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Permulaan beliau menceburkan diri di dalam bidang bisnes online ini adalah untuk mencari sumber pendapatan lebih untuk menampung kos yuran sekolahnya. Beliau datang daripada keluarga tidak berkemampuan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan sedikit ilmu yang dipelajari daripada kelas ICT yang beliau sertai sepanjang bergelar seorang pelajar di Pusat Internet, beliau mampu mengiklankan produk sehingga mendapat permintaan yang menggalakkan. Beliau memasuki pula kelas Shopee yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Bermula dari situ beliau mampu untuk memegang stok dan membuat jualan atas talian. Pada masa sekarang, beliau melakukan 2 kaedah untuk perniagaannya iaitu “COD” dan “Online”. Beliau berjaya untuk menambah sumber pendapatan dengan kaedah ini. 

Nama : Muhammad Danish Bin Azmi

 

Umur : 13 Tahun

 

Ahli : 2016

Latar belakang

Muhammad Danish adalah pelajar Darjah 3 Sekolah Kebangsaan Pedu semasa beliau menjadi ahli PEDi Kampung Musa. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Muhammad Danish adalah antara individu terawal yang menjadi ahli PEDi. Sebelum ini, beliau mencari maklumat dan membuat kerja sekolah hanyalah dengan menggunakan telefon bimbit dengan membeli data internet dengan sendiri. Beliau juga sering berkunjung ke Bilik Komputer sekolah untuk mencari maklumat jika guru membenarkan beliau dan rakan menggunakannya. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Datang bersama ibu Adik Danish ke PEDi untuk mengetahui perkhidmatan yang ditawarkan oleh PEDi. Mendapat juga perkhabaran dari rakan-rakan yang lain yang PEDi Kampung Musa menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh memudahkan beliau membuat kerja sekolah. Adik Danish berkunjung ke PEDi untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Sering melihat kemahiran bermain bolasepak di internet telah menjadikan beliau salah seorang pemain bolasepak yang mewakili Malaysia bawah 12 tahun di Jepun pada tahun lalu. Dengan kejayaan itu, beliau telah dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar Sk Pedu 2019.

Nama : Muhammad Azaim Bin Abdullah

 

Umur : 16 Tahun

 

Ahli : 2016

Latar belakang

Muhammad Azaim adalah pelajar Darjah 6 Sekolah Kebangsaan Pedu semasa beliau menjadi ahli PEDi Kampung Musa pada tahun 2016. Pada tahun 2020, beliau adalah seorang pelajar aliran agama di Sekolah Agama Al-Khairiah Barokhas dan berumur 16 tahun.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Muhammad Azaim adalah antara individu terawal yang menjadi ahli PEDi. Sebelum ini, beliau mencari maklumat dan membuat kerja sekolah hanyalah dengan menggunakan telefon bimbit dengan membeli data internet dengan sendiri. Beliau juga sering berkunjung ke Bilik Komputer sekolah untuk mencari maklumat jika guru membenarkan beliau dan rakan  menggunakannya.

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Mendapat perkhabaran dari Petugas PEDi Kampung Musa bahawa PEDi Kampung Musa akan mula beroperasi pada 21 Jun 2016 semasa sesi taklimat Klik Dengan BIjak di SK Pedu. Petugas telah menerangkan kepada beliau bersama rakan-rakannya yang lain akan perkhidmatan yang ditawarkan. Adik Azaim berkunjung ke PEDi untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Beliau sering memasuki kelas Komputer dan Program ICT yang dijalankan di PEDi. Sepanjang lebih 4 tahun menggunakan PEDi beliau mampu untuk menggunakan komputer serta internet dengan baik. Pusat Internet juga satu “platform” untuk beliau meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tentang komputer dan internet. 

 

Nama : Nur Shahmin Binti Che Mansur

 

Umur : 25 Tahun

 

Ahli : 2017

Latar belakang

Cik Shahmin merupakan seorang graduan dan juga pekerja syarikat swasta. Namun, beliau tidak bekerja Ketika PKP dijalankan di Malaysia. Ketika berada di kampung beliau mengambil inisiatif membuat kerepek pisang untuk dijual. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Sebelum mempelajari ilmu shopee Cik Shahmin menjalankan perniagaannya melalui

“cash on delivery (COD)”.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, setelah dia memasuki kelas shopee yang dijalankan oleh Pusat Internet Kampung Musa, pendapatannya makin bertambah kerana mendapat permintaan dari negeri-negeri lain dan barang dihantar melalui  pos.

Sub-kategori