Nama : Nur Nabilah Binti Ismail

 

Umur : 26 Tahun

 

Ahli : 2016

 

Latar belakang

 Pn.Nabilah bertugas sebagai Pembantu Kemas Kg Surau. Kos hidup yang makin meningkat memerlukan Pn.Nabilah membuat pekerjaan lain bagi menampung pendapatan kerja beliau dan juga suami.

Sebelum penggunaan ICT

Waktu yang terluang di petang hari dan malam dimanfaatkan sepenuhnya oleh beliau untuk mempromosikan jualannya. Berniaga secara memudahkan beliau berinteraksi secara terus dengan pelanggan serta dapat menjana pendapatan yang pantas.

 Selepas penggunaan ICT

 Hari terbuka komuniti pada 22 Oktober 2016 adalah hari dimana beliau mengenali Pusat Internet serta fungsi yang ada. Beliau sering mengunjungi pusat internet untuk menggunakan internet selepas waktu kerja beliau. Internet yang baik dapat membantu beliau membuat posting dan promosi yang berkesan di facebook. Petugas membantu untuk memberi ilmu seperti mengambil gambar dan ayat-ayat promosi yang berkesan. 

 

Nama : Rohana Binti Abdul Hamid

 

Umur : 47 Tahun

 

Ahli : 2017

Latar belakang

Saya menjadi ahli PEDi Kg Musa pada usia 46 tahun. Pada awalnya saya ke PEDi hanya untuk menggunakan internet bagi menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah saya. Saya merupakan pelajar diploma yang menuntut secara pengajian jarak jauh.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 Sebelum adanya penubuhan PEDi jikalau saya ingin membuat kerja yang menggunakan komputer saya perlu ke “cybercafé” di pusat bandar iaitu Pekan Kuala Nerang. Namun untuk ke sana ianya agak jauh dan kos untuk saya membayar harga selama sejam pengguaan komputer atau internet juga agak mahal berbanding saya menggunakan PEDi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Namun, selepas adanya penubuhan PEDi di Kg Musa pada tahun 2016 banyak ilmu dan manfaat yang dapat saya perolehi melaluinya. Antaranya, ianya dapat menjimatkan masa dan tenaga saya untuk menyiapakan tugasan yang memerlukan penggunaan komputer. Malahan di PEDi juga adanya petugas yang banyak membantu saya dalam penggunaan miscrosoft office. Jika dahulu banyak yang saya tidak pandai penggunaanya, kini semakin hari saya mulai tahu cara penggunaanya.

Nama :Siti Syazreena Binti Omar

 

Umur :25 Tahun

 

Ahli : 2017

Latar belakang

Puan Syazreena atau lebih dikenali sebagai riena rizwan merupakan seorang suri rumah sepenuh masa.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet

Beliau mencari sumber pendapatan secara berniaga atas talian. Menjual pelbagai produk kecantikan seperti produk make-up al-alfa.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Puan Riena Rizwan mengenali pusat internet melalui program hari bersama komuniti pada November 2016. Beliau mengunjungi Pusat Internet untuk menggunakan perkhidmatan yang ada tersedia di Pusat Internet. Beliau sering bertanya tentang perniagaan online kepada petugas Pusat Internet Kampung Musa. Produk yang dijual juga telah dimuat naik dalam aplikasi myshop (Dashboard Komuniti). Pendapatannya bertambah dari bulan ke bulan sehingga beliau mampu menjadi salah seorang top seller produk alha-alfa.

Nama : Mohammad Safri Bin Haji Mahmud

 

Umur :25 Tahun

 

Ahli : 2017

 

Latar belakang

Encik Safri merupakan seorang graduan Universiti. Namun, disebabkan banyak kekangan dalam mendapatkan perkerjaan kesan daripada lambakan graduan pada masa kini, beliau mengorak langkah dengan memjalankan perniagaan sendiri. Pada awalnya, beliau mengganggap minat untuk bercucuk tanam sahaja namun, galakan dari pelbagai pihak mendorongnya untuk meneruskan hobi sebagai mata pendapatan utamanya masa kini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas wujudnya penubuhan Pusat Internet Kg Musa yang berdekatan dengan tempat tinggalnya membantunya dalam menghasilkan proposal untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada MOA, Pejabat Pertanian dan lain-lain sumber. Selain itu, Pusat Internet menjadikan dia mudah untuk membuat cetakan bahan-bahan yang diperlukan ketika dia menjalankan kursus cara penanaman cili fertigasi kepada peserta kursusnya.

Latar belakang

Encik Safri merupakan seorang graduan Universiti. Namun, disebabkan banyak kekangan dalam mendapatkan perkerjaan kesan daripada lambakan graduan pada masa kini, beliau mengorak langkah dengan memjalankan perniagaan sendiri. Pada awalnya, beliau mengganggap minat untuk bercucuk tanam sahaja namun, galakan dari pelbagai pihak mendorongnya untuk meneruskan hobi sebagai mata pendapatan utamanya masa kini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas wujudnya penubuhan Pusat Internet Kg Musa yang berdekatan dengan tempat tinggalnya membantunya dalam menghasilkanproposal untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada MOA, Pejabat Pertanian dan lain-lain sumber. 

Sub-kategori